Lebih banyak peluang latihan amali dan kerja sambilan bagi warga tua

LEBIH banyak kerja sambil belajar dan kerja sambilan akan tersedia bagi warga tua di estet perumahan memandangkan bilangan syarikat yang menawarkan peluang itu melalui sebuah program masyarakat telah bertambah.

Persatuan Rakyat (PA) mengumumkan hari ini (27 Ogos) 10 syarikat telah menyertai tujuh firma sedia ada di bawah program Siri Kerja Emas Akademi Warga Emas itu.

Pekerjaan yang ditawarkan peserta baru itu, yang termasuk bank POSB, akan menambah 100 pekerjaan kosong di bawah program tersebut.

Dilancarkan April lalu, program Kerja Emas menawarkan bengkel kemahiran yang dikaitkan dengan pekerjaan bagi warga tua, yang kemudian boleh cuba mendapatkan latihan amali atau pekerjaan sambilan atau pekerjaan ringan di syarikat rakan kongsi program tersebut.

Mereka boleh mendapat bayaran antara $5 hingga $8 sejam daripada pekerjaan itu.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.