Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak penerbangan, destinasi bagi pelancong di Changi

Mar 27, 2017 | 10:36 AM



LEBIH banyak penerbangan dan tempat duduk ke destinasi sedia ada serta perkhidmatan ke bandar baru akan disediakan kepada pelancong di Lapangan Terbang Changi sepanjang beberapa minggu akan datang.



Ini boleh membawa kepada tambang lebih rendah, terutama di laluan serantau popular.



Pada Mei, Singapore Airlines (SIA) akan melancarkan satu perkhidmatan baru ke Stockholm di Sweden, lewat Moscow, manakala syarikat penerbangan jarak jauh bajetnya, Scoot, akan memulakan perkhidmatan ke Athens di Greece pada Jun.



Selain itu, terdapat lebih banyak penerbangan ke 12 destinasi di Asia Pasifik, menurut Changi Airport Group, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (27 Mac).



Secara keseluruhan, 12,000 kerusi penerbangan sehala setiap minggu dari Singapura akan ditambah secara beransur-ansur, dengan kira-kira dua pertiga daripada pertumbuhan itu di laluan Asia.



Bandar yang akan mempunyai lebih banyak penerbangan termasuk destinasi popular seperti Bangkok, Hanoi, Ho Chi Minh, Phuket dan Yangon.



Syarikat penerbangan juga menambah penerbangan ke Ahmedabad di barat India dan Dhaka, ibu negara Bangladesh, dan juga ke Brisbane, Melbourne dan Sydney di Australia.



Angka itu berdasarkan jadual yang diprapenuhkan syarikat penerbangan bagi apa yang dikenali sebagai musim panas utara, yang bermula pada Ahad (26 Mac) dan berakhir pada akhir Oktober.



Pengarah urusan (pembangunan hab udara) Changi, Encik Lim Ching Kiat, berkata: "Pelancongan di rantau Asia-Pasifik menyaksikan pertumbuhan sihat dalam tempoh 12 bulan lalu, dan kami gembira peningkatan dalam jumlah perkhidmatan ini akan mengukuhkan rangkaian Lapangan Terbang Changi."



Beliau menambah: "Dengan Afrika menjadi sempadan seterusnya dalam pasaran baru muncul, kami juga teruja dengan pelancaran semula penerbangan ke Addis Ababa (Ethiopia)."



Ethiopian Airlines, yang berhenti terbang ke Singapura dari Addis Ababa pada September 2014 kerana permintaan lemah, akan menyambung semula perkhidmatan pada Jun dengan lima penerbangan seminggu antara dua bandar itu.



Pertumbuhan di Changi mencerminkan pengembangan dalam negara Asia Tenggara lain, kata Pusat Aviation dalam satu laporan baru-baru ini. Bagaimanapun, penganalisisnya yang berpangkalan di Singapura, Encik Brendan Sobie, berkata sedang jumlah penumpang di Malaysia dan Vietnam dijangka berkembang kukuh tahun ini, Singapura, sebagai pasaran yang lebih matang, boleh menjangka pertumbuhan lebih sederhana.



Secara keseluruhan, masa depan cerah bagi rantau ini, dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan golongan kelas pertengahan mengisi permintaan bagi perjalanan udara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >