Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIAPA LAGI LAYAK?

Lebih banyak pilihan bagi golongan bujang beli flat HDB

Aug 20, 2023 | 09:30 PM



Golongan bujang kini boleh memohon untuk membeli flat fleksi dua bilik merentasi semua jenis projek jualan Bina Ikut Tempahan (BTO), kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. Ini termasuk projek BTO di bawah rangka kerja perumahan baru – Standard, Plus dan Perdana.

Berucap pada Rapat Hari Kebangsaan 2023 di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio Drive pada Ahad, PM Lee berkata beliau memahami kebimbangan golongan bujang untuk memperoleh lebih banyak pilihan perumahan.

“Kini, semakin ramai rakyat Singapura yang memilih untuk membujang. Golongan bujang juga berharap untuk memiliki rumah sendiri dan untuk mendapat lebih banyak pilihan perumahan.

“Peraturan yang ada kini bertujuan mengutamakan bekalan flat yang terhad, tetapi malangnya, ia menyekat pilihan golongan bujang. Kami akan melakukan sesuatu mengenai perkara ini,” kata Encik Lee.

Buat masa ini, golongan bujang berumur 35 tahun dan ke atas hanya dibenarkan untuk memohon flat fleksi dua bilik baru di estet tidak matang atau membeli flat jualan semula di mana-mana estet tetapi tiada peruntukan diberikan untuk golongan bujang memohon flat fleksi dua bilik di estet matang atau di perumahan awam lokasi utama (PLH).

Namun pada Ahad, PM Lee telah mengumumkan bahawa projek BTO tidak lagi akan diklasifikasikan sebagai estet matang atau tidak matang, tetapi akan diklasifikasikan sebagai Flat Standard, Flat Plus atau Flat Perdana.

Dengan perubahan ini, PM Lee berkata ia akan menyediakan “lebih banyak pilihan” kepada golongan bujang untuk memperoleh rumah mereka sendiri.

Demi memastikan golongan bujang mendapat sokongan yang lebih baik, pemerintah juga akan membenarkan golongan bujang untuk membeli sebarang flat Standard atau Plus dalam pasaran jualan semula atau membeli flat Perdana dua bilik dalam pasaran jualan semula. Umur minimum untuk golongan bujang membeli flat kekal tidak berubah pada usia 35 tahun.

Dalam kenyataan bersama pada Ahad, Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata klasifikasi baru itu akan dilaksanakan untuk projek BTO mulai separuh kedua 2024.

“Perubahan gaya hidup dan aspirasi sosial menyebabkan semakin ramai golongan bujang yang lebih gemar membeli dan tinggal di rumah flat sendiri berbanding bersama keluarga.

“Semasa sesi perbincangan Forward Singapore (Melakar Hala Tuju Singapura) mengenai perumahan awam, sesetengah golongan bujang berkongsi keutamaan mereka untuk mendapat flat di estet matang yang lebih dekat dengan ibu bapa mereka yang sudah tua untuk penjagaan dan sokongan bersama,” tambah kenyataan itu.


MND berkata ia akan terus mendekati rakyat Singapura dalam beberapa bulan akan datang dan akan mengalu-alukan pandangan dan maklum balas mengenai perubahan ini.

Pada Ahad, PM Lee mengumumkan bahawa pemerintah akan memperkenalkan sistem klasifikasi baru mulai separuh kedua 2024 untuk membezakan projek BTO mengikut lokasi mereka dan bukannya mengklasifikasikannya sebagai estet matang atau tidak matang.

Flat Standard, yang membentuk sebahagian besar daripada bekalan perumahan, akan disertakan dengan subsidi dan sekatan standard.

Flat Perdana yang biasanya terletak lebih dekat dengan pusat bandar, akan datang dengan subsidi tertinggi tetapi akan mempunyai tempoh penginapan minimum (MOP) yang lebih panjang dan syarat jualan semula yang lebih ketat.

Kategori baru, yang dipanggil Flat Plus, ialah flat BTO yang dibina di lokasi pilihan seperti berhampiran stesen MRT atau pusat bandar. Flat ini akan datang dengan lebih banyak subsidi dan sekatan yang lebih ketat, berbanding flat BTO Standard.

Ini termasuk MOP yang lebih panjang selama 10 tahun sebelum penjual boleh menjual flat mereka di pasaran terbuka atau melabur dalam harta kediaman persendirian. Pemerintah juga akan mengenakan syarat jualan semula yang lebih ketat untuk Flat Plus bagi memastikan ia mampu dimiliki pembeli jualan semula masa hadapan dan mengekalkan campuran sosial yang lebih baik dalam jangka panjang.

Lebih Banyak Pilihan untuk Golongan Bujang yang Layak:


  • Boleh mohon flat fleksi dua bilik BTO di semua lokasi di seluruh projek perumahan Standard, Plus dan Perdana.
  • Boleh beli Flat Standard atau Plus dari sebarang saiz dalam pasaran jualan semula.
  • Boleh beli Flat Perdana dua bilik di pasaran jualan semula.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >