SINGAPURA, sejak sedekad lalu, telah mengorak langkah hebat dalam usaha memupuk masyarakat yang bersifat lebih inklusif terhadap kumpulan berkeperluan khas, terutama yang lebih muda.
Namun, lebih banyak lagi yang boleh diusahakan untuk menyediakan pendidikan lebih holistik bagi anak-anak berkeperluan khas, dari zaman mereka muda, sehingga tempoh melebihi zaman persekolahan mereka, kata pihak berkepentingan dan pakar yang dihubungi Berita Minggu (BM).