Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak ruang hijau di bangunan tinggi

Nov 10, 2017 | 05:30 AM



KAWASAN hijau di bangunan tinggi akan berganda jumlahnya menjelang 2030.



Pemerintah menetapkan sasaran ini untuk menjadikan landskap bandar lebih menarik dan menyokong bandar biodiversiti yang lebih kaya, kata Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee semalam.



Ketika ini, terdapat kira-kira 100 hektar kawasan hijau di bangunan tinggi. Ini bersamaan dengan keluasan lebih 100 padang bola sepak.



Untuk mencapai sasaran 200 hektar bagi bangunan hijau seperti yang ditetapkan Pelan Induk Singapura yang Mampan (SSB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan meningkatkan program Memperindah Sekitaran Bandar dan Tingkat Tinggi (Lush).



Program Lush pertama kali dilancarkan pada 2009 untuk memberi insentif kepada pemaju dan pemilik bangunan untuk menggabungkan elemen hijau dalam projek mereka.



Bercakap di majlis perasmian GreenUrbanScape Asia di Singapore Expo semalam, Encik Lee berkata "menghargai dan merasa sayang untuk kehidupan hijau kini menjadi teras kepada identiti nasional Singapura."



"Dengan sokongan rakan kongsi industri, saya yakin kita akan mencapai matlamat ini," kata Encik Lee, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Penambahan kawasan hijau dengan tumbuh-tumbuhan di dinding dan bumbung bukan sahaja mengagumkan bangunan, bahkan turut meredupkan pemandangan dan menyejukkan suhu sekitaran, menurut satu kenyataan URA.



Pada masa ini, pemaju mesti mengganti tumbuhan yang hilang dari tapak binaan semasa proses pembangunan. Tetapi mereka boleh melakukannya hanya melalui pilihan landskap di dalam bangunan, atau dengan membuat teres langit dan taman di bumbung.



Ciri-ciri seperti kebun bandar, panel solar dan taman masyarakat di bumbung kini menjadi sebahagian elemen yang boleh digantikan untuk keperluan lanskap hijau.



Kata Encik Lee: "Ciri-ciri ini sememangnya semakin popular di bandar kita kerana ramai rakyat Singapura mempunyai minat dalam bidang pertanian dan berkebun."



Beliau menarik perhatian tentang kajian bersama oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dan Universiti Nasional Singapura (NUS), yang mengenalpasti sejumlah besar kehidupan atau biodiversiti di taman-taman bumbung di Singapura.



Kajian itu mencatatkan 53 spesies burung dan 57 spesies kupu-kupu di lebih dari 30 tapak kajian. Kajian dibuat pada Mei 2014 hingga Disember 2015.



"Kajian bersama ini menunjukkan bahawa dengan perancangan teliti, taman bumbung bandar boleh menarik pelbagai hidupan liar, dan membantu melengkapkan kerja pemuliharaan dan peningkatan habitat semula jadi yang sama pentingnya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >