SINGAPURA mungkin akan mengalami keadaan agak berjerebu sedang jumlah titik panas yang dikesan di Sumatera melonjak daripada 113 Sabtu lalu kepada 333 kelmarin, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Ini kerana angin diramalkan terus bertiup dari arah tenggara atau selatan dan mungkin meniup asap jerebu itu dari titik panas di Indonesia ke Selat Melaka.