Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak tuduhan mungkin dikenakan terhadap bekas eksekutif bank dalam kes 1MDB

May 20, 2016 | 11:19 AM



BEKAS pegawai perancang kekayaan bank BSI Singapore, Yeo Jiawei, mungkin menghadapi lebih banyak tuduhan sebagai tambahan kepada pertuduhan memudahkan pemindahan wang haram kepada rakan niaga jutawan Malaysia Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.



Pendakwa berkata di mahkamah pada Khamis (19 Mei) mereka sedang mengikuti "satu barisan pemeriksaan penting baru yang telah terbuka".



Yeo, 33 tahun, dianggap sebagai "tokoh utama" dalam siasatan besar-besaran ke dalam aliran wang daripada syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Dia didakwa minggu lepas menggunakan pemalsuan untuk memudahkan pemindahan AS$11.95 juta ($16.5 juta) dari SRC International (Malaysia), sebuah entiti ada kaitan dengan 1MDB, ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat yang dikuasai oleh Tan Kim Loong, rakan niaga Jho Low.



Peguam Cara Negara Kedua Singapura, Encik Kwek Mean Luck, berkata pada Khamis bahawa Yeo memainkan "peranan bukan kecil dalam pertama cuba menutup dan kemudian menyekat bukti berkenaan urus niaga haram dan wang yang mengalir masuk dan keluar dari Singapura" sepanjang tempoh tiga tahun lalu.



Dalam pertuduhan sebelum ini, Yeo dituduh menipu BSI Singapore dengan menyembunyikan hakikat dia akan mendapat sebahagian daripada yuran pengurusan tahunan yang dibayar kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan Pacific Harbor Global Growth Fund yang dilanggani SRC.



"Pertuduhan baru besar kemungkinan akan menyusuli," ujar Encik Kwek kepada mahkamah.



Beliau juga berkata Yeo menunjukkan dia "tidak ragu-ragu untuk campur tangan dalam siasatan dan pentadbiran keadilan".



Encik Kwek mendakwa Yeo nampaknya "telah memberitahu orang yang mempunyai pengetahuan mengenai beberapa transaksi yang dipersoal supaya memadam semua e-mel berkaitan dan menjadikan diri mereka tidak tersedia untuk disoal CAD (Jabatan Ehwal Perniagaan), dan "memberitahu orang lain supaya menyekat dan mengubah suai maklumat".



Pihak pendakwaan berkata ia mungkin tidak akan meminta tahanan reman dilanjutkan melebihi dua minggu lagi, dan mungkin memohon ikat jamin tidak diberi.



Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan pada Khamis permohonan pihak pendakwaan untuk menahan reman Yeo seminggu lalu dan membenarkan isteri, anak perempuan dan seorang adiknya akses kepadanya.



Kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan, juga diberitahu supaya menyediakan penghujahan berkaitan ikat jamin Yeo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >