Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih cepat dapat teksi di beberapa tempat di bandar

Mar 31, 2016 | 08:02 AM



MASA menunggu purata di 12 perhentian teksi utama di bandar telah berkurangan antara 2013 dan tahun lalu, menurut data Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Ini mungkin disebabkan lebih banyak teksi beroperasi di jalan-jalan dan khidmat sewa privet membantu mengurangkan permintaan.



Daripada 28 perhentian teksi yang dikaji selidik LTA setiap bulan, 12 menunjukkan masa menunggu purata berkurangan antara 1 hingga 5 minit tahun lalu. Masa menunggu purata di 11 perhentian tidak berubah, sementara di baki lima perhentian lain ia semakin teruk.



Perhentian teksi di Far East Plaza, yang terkenal kerana masa menunggu lama, mencatat pengurangan terbesar. Penumpang menunggu purata tujuh minit sebelum mendapat teksi di situ tahun lalu, berbanding 12 minit pada 2013.



Di Ngee Ann City, masa menunggunya, yang juga lama, berkurangan dari 12 kepada lapan minit.



Kajian LTA dijalankan setiap bulan, pada hari tertentu dan pada tempoh setiap jam antara 5 petang dan tengah malam.



Jurucakap LTA berkata piawaian ketersediaan teksi ketat mungkin membantu memendekkan masa menunggu. Di bawah rangka kerja itu, yang bermula pada 2013, pengendali teksi harus memastikan sebahagian besar kumpulan teksi mereka beroperasi di jalan raya pada waktu sibuk dan teksi mereka mencapai perbatuan minimum setiap hari. Jika tidak, mereka menghadapi denda kewangan.



Kehadiran perkhidmatan sewa privet seperti Uber dan GrabCar juga menyediakan penumpang dengan lebih banyak pilihan, kata jurucakap itu.



Namun, penumpang menunggu sekitar satu hingga dua minit lebih lama di lima perhentian teksi: Pusat Beli-Belah Tanglin, Suntec Tower 3 dan 4, Funan DigitaLife Mall, Havelock Square dan Pusat Beli-Belah Parklane.



Selain itu, masa menunggu purata masih agak panjang pada waktu sibuk. Menurut hasil kajian Januari lalu, masa paling lama menunggu teksi ialah di Pusat Beli-Belah Paragon, iaitu 18 minit antara 6 petang dan 7 malam dan di Ngee Ann City, iaitu 15 minit antara 5 dan 6 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >