ORANG awam tidak lama lagi boleh menggunakan telefon bijak mereka untuk membuat aduan mengenai isu perbandaran seperti kebersihan atau jalan raya berlubang, jika mereka kurang pasti agensi mana yang bertanggungjawab.
Menerusi sebuah aplikasi mudah alih, mereka boleh mengambil gambar atau menghantar lokasi, selain memantau proses penyaluran maklum balas tersebut.