Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih mudah rakyat SG, M'sia pindah dana guna PayNow, DuitNow

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura dan Malaysia tidak lama lagi akan dapat membuat pemindahan dana dalam masa nyata dengan menggunakan hanya nombor telefon bimbit.



Ini selepas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan rancangan memulakan penghubungan bertahap sistem bayaran masa nyata PayNow Singapura dan DuitNow Malaysia semalam.



Fasa pertama penghubungan PayNow-DuitNow itu akan dilancarkan pada suku keempat tahun depan.



Ini juga akan membolehkan pelanggan membuat bayaran runcit dengan mengimbas kod QR NETS atau DuitNow yang dipaparkan di kedai.



MAS dan BNM dalam satu kenyataan bersama semalam berkata projek itu akan membolehkan pembayaran lebih lancar dilakukan bagi jumlah pengiriman wang yang tinggi antara Singapura dengan Malaysia, yang mencapai $1.3 bilion tahun lalu.



Ia juga akan memenuhi permintaan pelancong antara kedua-dua negara, yang menyaksikan trafik prapandemik yang agak besar sekitar 12 juta pengunjung yang datang setiap tahun secara purata.



Ketua Pegawai Teknologi Kewangan MAS, Encik Sopnendu Mohanty, berkata koridor pengiriman wang Singapura dengan Malaysia merupakan koridor pengiriman yang terbesar negara ini.



"...oleh itu, penghubungan PayNow-DuitNow akan menjadi prasarana penting untuk menyokong keperluan pembayaran rentas sempadan individu dan perniagaan, dan juga kegiatan ekonomi digital yang semakin tumbuh antara kedua-dua negara.



"Penghubungan itu juga menawarkan peluang berharga kepada MAS dan BNM untuk menggabungkan penggunaan lejar diedarkan dan teknologi kontrak bijak dalam ruang pembayaran rentas sempadan," kata beliau.



Penolong Gabenor BNM, Encik Fraziali Ismail, pula berkata dengan membawa kecekapan yang diamati dalam pembayaran domestik ke pembayaran rentas sempadan, penghubungan PayNow-DuitNow akan menjadi pengubah keadaan yang menghasilkan khidmat pembayaran lebih pantas, murah dan mudah diakses bagi rakyat kedua-dua negara.



"Inisiatif ini bukan hanya akan memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Singapura dengan Malaysia, malah akan berfungsi sebagai pendaya utama untuk menyokong pertumbuhan ekonomi pascapandemik," kata beliau.



Menyusuli pelancaran penghubungan sistem pembayaran masa nyata itu, MAS dan BNM akan memperluaskan penghubungan PayNow-DuitNow secara bertahap untuk menggabungkan lebih banyak ciri-ciri dan peserta.



Kedua-dua badan kawal selia itu juga akan meneroka kebolehlaksanaan menyepadukan ciri-ciri inovatif seperti huraian berasaskan teknologi lejar diedarkan untuk menjadi pemangkin kecekapan lebih besar dalam penjelasan dan penyelesaian pembayaran antara bank yang mengambil bahagian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >