LEBIH banyak tempat akan disediakan bagi mereka yang ingin mendapatkan diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak tahun ini, kata Politeknik Ngee Ann (NP) dan Politeknik Temasek (TP) semalam.
Kedua-dua politeknik itu akan meningkatkan jumlah pengambilan untuk kursus diploma sepenuh masa mereka dalam bidang itu daripada sebanyak 380 tempat kepada sebanyak 675 tempat untuk tahun akademik akan datang, yang bermula April ini.