Lebih ramai jutawan pilih pindah ke Singapura daripada Hong Kong

BANTAHAN gerakan pelajar, atau dipanggil Gerakan Payung, di Hong Kong mungkin telah mendorong jutawan dunia memilih pindah ke Singapura daripada wilayah China itu, menurut satu laporan yang menjejak kekayaan yang dikeluarkan pada Selasa (17 Nov).

Laporan oleh WealthInsight itu juga meramalkan jutawan, atau individu yang mempunyai nilai bersih tinggi (HNWI), akan berkembang pada kadar lebih cepat di Singapura daripada Hong Kong dalam tempoh lima tahun akan datang - masing-masing sebanyak 18.3 peratus dan 15.6 peratus.

Kekayaan bersih ditakrifkan sebagai aset seseorang ditolak hutang atau liabiliti.

"Walaupun Hong Kong mempunyai penduduk jutawan jauh lebih tinggi daripada Singapura (193,000 berbanding Singapura 154,000), peristiwa baru-baru, seperti bantahan payung mungkin membuat penghijrahan HNWI berpaling daripada bandar itu," kata ketua WealthInsight, Encik, Oliver Williams, sebagaimana dipetik CNBC.

Menurut WealthInsight, seorang dalam 35 rakyat Singapura kini jutawan, dengan bilangan mereka bertambah 17 peratus daripada 130,000 pada 2010 kepada 154,000.

Mereka secara kolektif mempunyai kebanyakan bersih sebanyak AS$806.3 juta ($1,15 trillon).

WealthInsight meramalkan penduduk jutawan Singapura akan mencapai 188,000 pada 2020.

Pasaran kewangan yang berkembang, perbankan swasta terkenal dan mutu hidup terus menarik HNWI dari negara-negara jiran," kata Encik Williams.

"Kami sedang melihat kemasukan besar jutawan India dan Cina ke negara ini."

Bagaimanapun, HNWI Singapura mempunyai kekayaan purata paling rendah di Asia, iaitu AS$5.2 juta setiap HNWI, berbanding yang tertinggi, iaitu Indonesia yang sebanyak AS$6.5 juta.

"Semakin rendah kekayaan purata penduduk HNWI sesebuah negara, semakin sama rata kekayaan diagih dalam kalangan orang lain. Jerman, sebagai contoh, mempunyai kekayaan purata AS $3.2million," kata Encik Williams.

HNWI terkenal yang berpindah ke Singapura termasuk jutawan Jim Rogers daripada Amerika; pengasas bersama Facebook, Encik Eduardo Saverin; dan bekas jutawan arang batu Australia, Encik Nathan Tinkler.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.