Lebih ramai kekal bekerja lepas usia 65 tahun

LEBIH ramai orang terus bekerja melepasi umur persaraan rasmi 62 tahun, dan umur digajikan semula pada 65 tahun.

Lebih 40 peratus daripada mereka yang berumur 65-69 tahun masih bekerja tahun lepas, berbanding hanya 24 peratus pada 2006, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Dasar pemerintah, pasaran kerja ketat dan peningkatan jangka hayat serta kesihatan baik antara faktor yang menyebabkan jumlah itu bertambah,

Contohnya dasar mewajibkan syarikat menggajikan semula pekerja berumur 62 hingga 65 tahun. Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor, yang duduk dalam Jawatankuasa Peringkat Menteri mengenai Penuaan, memberitahu akhbar The Straits Times: "Hampir semua yang menghampiri 62 tahun ditawarkan semula pekerjaan.

"Ramai tidak mengalami sembarang pemotongan gaji pokok mereka jika mereka terus di tempat kerja yang sama dengan skop kerja dan tanggungjawab sama."

Pada 2014, 98 peratus yang terus bekerja melepasi usia 62 tahun tidak mengalami sebarang pemotongan gaji asas, dengan kira-kira 10 peratus mendapat pendapatan lebih tinggi.

Jangka hayat di Singapura naik kira-kira tiga tahun setiap dekad dan, pada 2014, ia mencapai 80.5 tahun bagi lelaki dan 84.9 tahun bagi wanita.

Apabila hidup lebih lama, orang bimbang apakah mereka mempunyai cukup wang untuk persaraan, kata Encik David Ang, pengarah firma perundingan Human Capital Singapura.

Dengan mempunyai pendapatan, mereka kekal bebas dari segi kewangan dan tidak perlu bergantung pada anak-anak. Ini membantu meningkatkan harga diri mereka.

Kebanyakan warga dan Pensduduk Tetap (PS) Singapura berusia lebih 60 tahun yang bekerja menjadi pekerja pembersihan, buruh, pengendali mesin dan pekerja perkhidmatan dan jualan, mengikut statistik MOM tahun lepas.

Pemerintah juga telah menjadikan menggajikan pekerja lebih tua lebih ia dimampu syarikat, dengan menyediakan subsidi bagi yang mengambil pekerja berumur 65 tahun ke atas.

Dasar itu "memberi mesej bahawa syarikat boleh mengajikan (warga emas) secara produktif dalam ekonomi kekurangan yang semakin kekurangan buruh", kata ahli ekonomi buruh Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Hoon Hian Teck.

Tambahan Pendapatan Daya Kerja, diperkenalkan pada 2007, juga telah menaikkan pendapatan pekerja bergaji rendah lebih tua.

Menurut MOM, pendapatan median kasar bulanan bagi pekerja penduduk berumur 60 tahun dan lebih tua meningkat daripada $1,160 pada 2006 kepada $ 2,000 tahun lalu.

Tahun lepas, satu daripada empat orang berumur 65 tahun ke atas bekerja. Pada 2006, ia hanya 13.8 peratus.

Encik Ang meramalkan pada dekad akan datang, jumlah warga emas yang bekerja "akan mencecah 30 peratus dengan mudahnya".

Dengan demografi berubah, syarikat perlu menyesuaikan diri untuk kekal produktif. Pekerjaan juga kini direka semula dan lebih banyak syarikat sedang meneroka untuk membentuk tempat kerja lebih mesrawarga emas, katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.