Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai lulusan varsiti baru dapat kerja sepenuh masa tahun lalu, gaji naik

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai lulusan universiti berjaya mendapatkan pekerjaan sepenuh masa tahun lalu sedang ekonomi Singapura semakin pulih sejak terjejas oleh pandemik Covid-19.



Dapatan satu tinjauan terkini mengenai pekerjaan lulusan universiti menunjukkan 84 peratus daripada lulusan baru dalam tenaga kerja sekarang mempunyai pekerjaan sepenuh masa, berbanding 69.8 peratus pada 2020.



Kadar pekerjaan dan gaji keseluruhan dalam kalangan lulusan universiti tahun lalu juga meningkat, menurut dapatan tinjauan yang dikeluarkan semalam.



Gaji bulanan median dalam kalangan lulusan univerisiti dalam pekerjaan sepenuh masa meningkat daripada $3,700 pada 2020 kepada $3,800 tahun lalu.



Pada 2019, gaji bulanan median ialah $3,600.



Sebanyak 94.4 peratus lulusan universiti mendapatkan pekerjaan sepenuh masa, bebas atau sambilan dalam enam bulan selepas tamat pengajian tahun lalu, berbanding 93.6 peratus pada 2020.



Dapatan tinjauan itu dikeluarkan selepas lima politeknik tempatan mengeluarkan dapatan mengenai lulusan mereka bulan lalu, yang juga menunjukkan kadar pekerjaan dan gaji lebih baik tahun lalu berbanding 2020.



Tinjauan terkini itu melibatkan lebih 11,200 lulusan baru program sepenuh masa di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).



Para lulusan itu ditanya mengenai status pekerjaan mereka pada 1 November tahun lalu.



Tinjauan bagi Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) sedang dijalankan dan dapatannya akan dikeluarkan pada masa akan datang.



Ekonomi Singapura tumbuh 7.2 peratus tahun lalu, hasil kebangkitan daripada kemelesetan sedang negara ini melonggarkan sekatan Covid-19 dengan membolehkan lebih banyak kegiatan ekonomi dan peningkatan permintaan bagi barangan dan perkhidmatan.



Ekonomi Singapura menguncup 5.4 peratus pada 2020.



Mencerminkan kebangkitan itu, kadar pengangguran lulusan universiti berkurangan daripada 6.4 peratus pada 2020 kepada 5.6 peratus tahun lalu.



Lulusan bekerja sambilan atau sementara juga berkurangan kepada 8.7 peratus daripada 22.3 peratus pada 2020.



Jumlah ini termasuk mereka yang berada di bawah Porgram Latihan SGUnited, yang ditubuhkan pada 2020 untuk membantu lulusan baru membina daya kerja mereka.



Beberapa bidang pengajian - teknologi maklumat dan digital, persekitaraan binaan, perniagaan dan kejuruteraan - terus mencapai prestasi baik dan menunjukkan peratusan tinggi lulusan bekerja sepenuh masa.



Lulusan bidang teknologi maklumat dan digital membawa pulang gaji paling tinggi sekitar $5,000 sebulan, berbanding $4,760 tahun lalu dan $4,400 pada 2020.



Dalam kenyataan bersama mereka semalam, enam universiti itu berkata mereka telah meneruskan usaha menyokong lulusan di tengah-tengah pandemik ini, melalui bimbingan kerjaya meluas dan pemadanan pekerjaan, dan memanfaatkan rakan industri untuk mengatur penempatan pekerjaan dan peluang perantisan sesuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >