Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai murid Darjah Satu layak ke sekolah dekat rumah mereka

Sep 10, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai bakal murid Darjah Satu dijangka layak menghadiri sekolah berdekatan rumah mereka berdasarkan perubahan pengiraan jarak antara rumah dan sekolah (HSD) yang diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Sebelum ini, HSD dikira berdasarkan satu titik rujukan di dalam bangunan asal sekolah dengan rumah pendaftar.



Namun, dengan perubahan terbaru yang diumumkan semalam, HSD akan dikira berdasarkan jarak terdekat daripada mana-mana titik di Batasan Tanah Sekolah (SLB) dengan rumah pendaftar.



SLB ditentukan berdasarkan garis pandu am yang mengambil kira batasan sesebuah sekolah rendah dan kemudahan yang digunakan sekolah tersebut.



Ekoran perubahan itu, tambahan 10 peratus murid yang layak dijangka dipertimbangkan, kata MOE, kerana kawasan tempat tinggal yang lebih luas dalam jarak 1 kilometer dan 2 kilometer bagi semua sekolah rendah akan terangkum.



Namun, ini tidak bererti akan terdapat sekitar 10 peratus peningkatan dalam bilangan bakal murid darjah satu yang mendaftar dalam kategori HSD lebih dekat bagi sesebuah sekolah rendah.



Ini kerana tidak semua pendaftar akan memilih sekolah yang sama dengan pendaftar lain dalam kategori HSD yang sama, jelas MOE.



"Seandainya lebih ramai kanak-kanak daripada sesebuah HSD mendaftar bagi sekolah yang sama, ini mungkin boleh ditangani dengan penggandaan tempat tersedia dalam Fasa 2C," tambah kementerian itu.



Sementara itu, berikutan penukaran pengiraan HSD, meskipun majoriti pendaftar tidak akan terjejas, mereka yang tinggal berdekatan Sekolah Rendah Cedar, Sekolah Tinggi Maris Stella (sekolah rendah) dan Sekolah Marymount Convent mungkin mendapati alamat rumah mereka kini tergolong dalam kategori HSD yang lebih jauh iaitu daripada 'dalam jarak 1 kilometer' kepada 'antara 1 kilometer dengan 2 kilometer'.



MOE berkata ini disebabkan titik rujukan asal sekolah-sekolah tersebut kini terletak di luar SLB akibat kerja-kerja pembaikan atau pembinaan semula yang dilakukan.



"Memandangkan pemberitahuan kurang daripada satu tahun bagi pendaftar darjah satu yang layak yang tinggal di kawasan-kawasan terjejas ini, MOE akan membenarkan kumpulan pendaftar ini...mengekalkan HSD asal sebagai pengaturan peralihan bagi Latihan Pendaftaran Darjah Satu 2022 sahaja," kata MOE.



Dalam pada itu, perubahan pada rangka kerja pendaftaran darjah satu tidak bererti masalah undian bagi mendapatkan tempat di sekolah rendah akan terhapus.



Kata MOE:



"Walaupun dengan perubahan yang dilakukan ke atas Rangka Kerja Pendaftaran Darjah Satu, akan tetap ada undian bagi sebahagian sekolah, termasuk bagi mereka yang tinggal dalam jarak 1 kilometer daripada sekolah yang mereka inginkan.



"MOE komited memastikan setiap kanak-kanak disokong untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya tidak kira sekolah mana yang mereka hadiri."



Menyentuh perubahan yang diumumkan kementeriannya semalam, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata, rangka kerja pendaftaran perlu diubah sesuai dengan perkembangan masyarakat.



"Rangka kerja pendaftaran darjah satu kita telah perlu mengimbangi beberapa pertimbangan.



"Pertama, memastikan anak-anak kita mempunyai akses kepada sekolah yang berdekatan rumah mereka.



"Kedua, memastikan masyarakat kita terus terbuka dan inklusif di mana orang daripada latar belakang berbeza dapat belajar bersama untuk menggalakkan persefahaman, kesatuan dan empati.



"Ketiga, mengiktiraf usaha masyarakat termasuk alumni sekolah yang telah menyumbang kepada pembangunan dan budaya sekolah itu.



"Dengan berubahnya masyarakat, kita juga harus menyesuaikan pendaftaran untuk mengimbangi pertimbangan-pertimbangan ini."




"Rangka kerja pendaftaran darjah satu kita telah perlu mengimbangi beberapa pertimbangan. Pertama, memastikan anak-anak kita mempunyai akses kepada sekolah yang berdekatan rumah mereka. Kedua, memastikan masyarakat kita terus terbuka dan inklusif di mana orang daripada latar belakang berbeza dapat belajar bersama untuk menggalakkan persefahaman, kesatuan dan empati. Ketiga, mengiktiraf usaha masyarakat termasuk alumni sekolah yang telah menyumbang kepada pembangunan dan budaya sekolah itu. Dengan berubahnya masyarakat, kita juga harus menyesuaikan pendaftaran untuk mengimbangi pertimbangan-pertimbangan ini."
- Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing.




PERUBAHAN PADA PENDAFTARAN DARJAH SATU



  • Tempat yang diketepikan dalam Fasa 2C digandakan kepada 40 tempat daripada 20 sebelum ini.

  • Fasa 2A1 dan 2A2 digabungkan kepada satu Fasa 2A.

  • Pengiraan Jarak Rumah-Sekolah (HSD) ditukar.

HSD kini dikira berdasarkan jarak terdekat daripada mana-mana titik di Batasan Tanah Sekolah (SLB) dengan rumah pendaftar, bukan berdasarkan satu titik rujukan di dalam bangunan asal sekolah dengan rumah pendaftar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >