Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai naik pengangkutan awam ke S'pura dek tol baru

Aug 07, 2014 | 02:46 PM



JOHOR BARU: LEBIH ramai penumpang kini memilih pengangkutan awam untuk perjalanan di antara Singapura dan Malaysia berikutan kenaikan kadar tol yang baru dikenakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar, Johor Baru.


Pengarah Urusan Handal Indah Sdn Bhd, Encik Lim Han Weng, yang merupakan pengendali perkhidmatan bas Causeway Link, berkata, jumlah penumpang yang membuat perjalanan dengan menaiki bas ke Singapura telah meningkat di antara 10 dan 20 peratus.


"Sejak kadar tol baru dilaksanakan pada 1 Ogos lalu, kami melihat lebih ramai penumpang beratur untuk menaiki bas awam dan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor berkurangan," katanya semalam.


Beliau memberi jaminan kepada para penumpang bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang jumlah bas kerana terdapat sebanyak 150 buah bas Causeway Link dengan setiap satu membuat empat hingga lima perjalanan setiap hari.


"Jika perlu, kami akan berusaha untuk meningkatkan jumlah perjalanan bagi memenuhi permintaan," kata beliau


Beliau berkata syarikat itu tidak akan menaikkan tambang sewenang-wenangnya, kerana kutipan tambang pada masa sekarang masih boleh menampung kos harian, termasuk kadar baru tol berjumlah RM13.40 (S$5.20).


"Kenaikan kos tambahan adalah sebanyak RM 100,000 setiap bulan dan ini tidak termasuk kenaikan tol yang mungkin dilakukan oleh kerajaan Singapura," kata beliau. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >