Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai warga dapat geran bagi flat HDB

Apr 13, 2016 | 09:54 AM



JUMLAH rakyat Singapura yang layak mendapat flat dan geran perumahan telah bertambah sejak Pemerintah merubah beberapa dasar perumahan tahun lalu.



Contohnya ialah Geran Rumah Berhampiran (PHG), yang diperkenal Ogos itu untuk menggalak anak-beranak tinggal berhampiran satu sama lain.



Ia diberi kepada keluarga atau orang bujang warga Singapura yang membeli flat jualan semula bersama atau berhampiran ibu bapa mereka atau anak sudah berkahwin.



Jumlahnya ialah $20,000 bagi keluarga dan $10,000 bagi orang bujang.



Sebanyak 2,100 keluarga dan 240 orang bujang menerima geran itu sejak ia diperkenal, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunaan (HDB) kepada akhbar The Straits Times.



Begitu juga dengan perubahan pada had maksimum pendapatan keluarga untuk membeli flat jualan semula menggunakan Geran Perumahan CPF dan flat HDB baru.



Had itu dinaikkan daripada $10,000 kepada $12,000 bagi keluarga dan daripada $5,000 kepada $6,000 bagi orang bujang.



Dengan perubahan itu, tambahan 3,700 keluarga dan 800 orang bujang layak membeli flat baru HDB atau flat jualan semula menggunakan Geran Perumahan CPF, menurut HDB.



Geran Perumahan CPF Khas juga telah dipertingkat mulai pelancaran flat pada November 2015 bagi membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah pertama mereka.



Siling pendapatan isi rumah untuk layak mendapat geran itu dinaikkan daripada $6,500 kepada $8,500 bagi keluarga dan daripada $3,250 kepada $4,250 untuk orang bujang.



Jumlah maksimum geran pula digandakan kepada $40,000 bagi keluarga dan $20,000 bagi orang bujang.



Bagi pelancaran flat selepas perubahan tersebut, iaitu pada November 2015 dan Februari lalu, sekitar 16,400 pemohon flat baru menjadi layak sama ada memohon geran tersebut atau jumlah geran lebih tinggi, kata HDB.



Seorang teknisyen penerbangan, Encik Sathish Kumar M. Arivazhagan, 26 tahun, dan tunangnya antara mereka yang mendapat geran tersebut.



Mereka berjaya memohon flat empat bilik Bina Ikut Tempahan (BTO) di Hougang November lalu, dan menerima sebanyak $60,000 geran HDB - $40,000 Geran Perumahan CPF Khas dan $20,000 Geran Perumahan CPF Tambahan.



Mereka juga mendapat pinjaman HDB kira-kira $212,200, kata Encik Sathish. Flat baru itu, berharga kira-kira $234,700 selepas geran, akan dibayar sepenuhnya melalui simpanan CPF tanpa perbelanjaan tunai.



Encik Sathish berkata bantuan itu besar baginya dan tunangnya. Mereka mempunyai pendapatan bulanan gabungan hanya lebih sedikit daripada $3,000.



"Sangat payah untuk beli flat kami sendiri tanpa sembarang geran," katanya.



"Sekarang, kami tidak perlu terlalu bimbang dan boleh mengunakan lebih banyak wang untuk ubah elok."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >