Lebih ramai warga Singapura lewat bayar hutang kad kredit, overdraf dan hutang peribadi

BILANGAN warga Singapura yang tidak bayar hutang kad kredit, overdraf atau pinjaman peribadi dua atau lebih bulan pada Jun lalu meningkat 10 peratus kepada kepada 85,352 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ia 32 peratus lebih tinggi daripada pada 2011, menurut menurut laporan Biro Kredit Singapura (CBS) yang dikeluarkan pada Isnin (5 Okt).

Jumlah hutang tanpa cagaran tertangguh itu pula meningkat kepada $288,445,498, sebanyak 7 peratus daripada setahun lalu dan 74 peratus daripada pada 2011.

Menurut laporan itu lagi, sepanjang empat tahun lalu jumlah keseluruhan hutang tanda cagaran telah bertambah, dengan baki purata hutang kad kredit dan overdraf meningkat 16 peratus kepada $7,971 dari 2011 hingga 2015.

Namun, nampak hutang kad kredit dan overdraf sedang stabil, dengan baki puratanya turun sedikit kepada $7,971 pada Jun lalu daripada $8,018 pada Jun tahun lalu.

Pengarah Eksekutif CBS, Encik William Lim, berkata ini mungkin menunjukkan langkah-langkah yang dilaksana pemerintah dan bank untuk membantu peminjam membayar hutang mereka mula mempunyai kesan.

Bagaimanapun, jumlah pokok purata hutang peribadi tanpa cagaran meningkat 5 peratus kepada $13,584.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.