Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lega... bulu kucing kesayangan makin kusut...

May 31, 2020 | 5:30 AM
GEMBIRA PERKHIDMATAN DISAMBUNG: Encik Riduan, yang mempunyai tiga kucing peliharaan, tidak membuang masa membuat janji temu bagi khidmat dandanan untuk salah seekor kucingnya, Satria Hitam (dipegang isterinya, Cik Suzana Su'ah). Bulu kucing jenis kacukan Maine Coon, Parsi dan Bengal ini amat sukar dijaga dan perlu dicukur agar ia selesa dalam cuaca yang panas di sini. - Foto ihsan RIDUAN AHLIP
GEMBIRA PERKHIDMATAN DISAMBUNG: Encik Riduan, yang mempunyai tiga kucing peliharaan, tidak membuang masa membuat janji temu bagi khidmat dandanan untuk salah seekor kucingnya, Satria Hitam (dipegang isterinya, Cik Suzana Su'ah). Bulu kucing jenis kacukan Maine Coon, Parsi dan Bengal ini amat sukar dijaga dan perlu dicukur agar ia selesa dalam cuaca yang panas di sini. - Foto ihsan RIDUAN AHLIP -

PENYAMBUNGAN semula perkhidmatan haiwan peliharaan tiba pada waktu yang tepat bagi ramai pemilik haiwan.

Sejurus pengumuman itu dibuat, Encik Riduan Ahlip, yang mempunyai tiga kucing peliharaan, tidak membuang masa untuk membuat janji temu untuk salah seekor kucingnya, Satria Hitam - jenis kacukan Maine Coon, Parsi dan Bengal - yang memerlukan perkhidmatan dandanan dengan segera.

Jenis kucing ini mempunyai bulu panjang yang tebal yang perlu dicukur agar ia selesa dalam cuaca yang panas di sini.

Selain itu, Encik Riduan berkata, sejak pemutus litar, kucing itu juga telah mencalar beberapa perabotnya kerana kukunya tidak dapat dipotong.

"Kucing ini agak sukar sebenarnya untuk dipelihara di rumah. Jadi kami memerlukan bantuan khidmat seorang professional.

"Semasa pemutus litar ini, kami hanya dapat melakukan dandanan yang asas seperti membersihkan telinga dan mukanya. Dari segi badannya pula, kami telah mengunakan bedak untuk mandi kering dan perlahan-lahan menyikat bulunya. Tetapi kadangkala semasa kami membersihkannya, kami pula dicekaunya," kata Encik Riduan, 47 tahun.

Menurut bapa tiga anak itu, kali terakhir mereka membawa kucingnya itu untuk khidmat dandanan adalah Februari lalu.

Walaupun Encik Riduan bergegas mengusahakan janji temu pada minggu pertama, beliau terkejut apabila mendapat tahu bahawa slot untuk minggu pertama semuanya sudah ditempah.

"Kami hanya mendapat slot pada minggu yang seterusnya. Tidak sangka ramai yang juga telah melakukan janji temu untuk kucing- kucing mereka.

"Dengan kelonggaran undang-undang ini kami sebenarnya lega dapat menghantarnya untuk sesi dandanannya. Ini merupakan tempoh paling lama kami tidak dapat menghantar kucingnya bagi sesi dandanan... kami khuatir juga sekiranya keadaan bulunya menjadi lebih kusut," jelasnya.

Menurut Encik Riduan, yang juga pemilik Cetak Seh, syarikat cetakan dan Iman Fashion Style, perniagaan jualan baju dalam talian, langkah-langkah pencegahan akan diamalkannya apabila menghantar kucingnya itu ke perkhidmatan haiwan peliharaan, Purrfect Meows, nanti.

"Kami sudah diberitahu sebelum datang bahawa kami perlu mengambil suhu badan dan mengisi borang untuk pengesanan kontak. Aplikasi Safe Entry juga akan digunakan semasa kami memasuki dan keluar daripada kedainya.

"Selain itu, kami juga dimaklumkan bahawa hanya dua pelanggan dibenarkan berada di dalam kedai pada satu-satu masa," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg