SEJAK disahkan menghidap penyakit ginjal empat tahun lalu, Encik Mohamed Hairi Bahari benar-benar berasa dirinya 'dijaga' majikannya, Kentucky Fried Chicken (KFC) Management.
Majikan teknisyen kanan itu bukan sahaja tidak memberhentikannya selepas mendapat tahu tentang penyakit yang beliau hidapi, bahkan memastikan beliau tidak melakukan tugas berat yang boleh memburukkan lagi kesihatannya.