Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 30 tahun maut dalam kemalangan motosikal di PIE

Mar 11, 2018 | 05:11 PM



SEORANG penunggang motosikal lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia dalam kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pagi tadi. 



Beliau dipercayai hilang kawalan dan melanggar pagar dan tercampak ke kawasan rumput, menurut laporan akhbar The Straits Times.  



Polis berkata bahawa mereka diberitahu mengenai kemalangan yang melibatkan motosikal, yang berlaku di jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Changi selepas susur keluar Stevens Road pada sekitar 8.20 pagi. 



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka telah menghantar ambulans ke tempat kejadian. 



Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik SCDF. 



Menurut laporan, motosikalnya didapati bersandar di pagar berdekatan mayatnya. 



Menurut akhbar Shin Min Daily News, beberapa pengguna jalan raya yang berlalu di kawasan itu telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis. 



Motosikal itu kelihatan seperti tidak mengalami kerosakan teruk. 



Siasatan polis diteruskan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >