Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 56 tahun dituduh jadi ejen rumah tanpa lesen

Sep 21, 2016 | 02:56 PM



MAJLIS Agensi Hartanah (CEA) mendakwa pada Rabu (21 Sept) seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun di mahkamah dengan dakwaan menjalankan kerja agensi hartanah tidak berlesan dan dan tidak didaftarkan dengan majlis itu.

Shakir Khan, yang melarikan diri sejak 10 tahun lalu, menghadapi lima tuduhan - tiga bertindak sebagai ejen rumah dan dua memaparkan dirinya sebagai jurujual daripada agensi hartanah berlesen.

Dia ditangkap pada Mac lalu apabila pegawai CEA mendapati dia mungkin menjalankan kerja agensi hartanah secara haram, kata majlis itu dalam satu kenyataan akhbar.

Ia menambah bahawa di bawah Akta Ejen Hartanah, adalah satu kesalahan bagi seseorang bertindak sebagai ejen atau jurujual dalam sembarang transaksi hartanah tanpa terlebih dahulu mempunyai lesen atau berdaftar dengan CEA.

Kesalahan Shakir termasuk membantu menyelesaikan transaksi pajakan bagi sebuah flat HDB di Kallang pada Mei 2012, dan membantu seorang penyewa dalam memperbaharui sewaan flat HDB beliau di Bedok dua kali pada Ogos 2011 dan Ogos 2012.

Bagi dua pembaharuan sewa itu, dia mendapat komisen $2,600.

Baru-baru ini, Shakir membantu penyewa menyewakan sebuah flat di Ang Mo Kio antara Januari dan Februari lalu, dan menerima komisen $700.

Menurut CEA, ia mula menyiasat Shakir pada 2012 selepas seorang pelanggan memfailkan aduan terhadapnya. Pegawai CEA tidak dapat mencari Shakir walaupun selepas beberapa percubaan menjejaknya.

Syakir juga didedahkan diletak dalam senarai buruan polis pada 2006 kerana kesalahan menipu.

CEA menasihatkan pengguna supaya mendapatkan hanya agensi atau ejen hartanah berlesen dan berdaftar untuk membantu mereka dalam urus niaga hartanah mereka.

Mereka boleh mengesahkan status agensi atau ejen hartanah melalui daftar awam di laman web CEA.

Sekiranya mereka menghadapi sesiapa sahaja yang melaksanakan kerja agensi hartanah tidak berlesen dan tidak berdaftar, mereka harus melaporkan orang itu kepada CEA dengan menghubungi 1800-643-2555 atau e-mel feedback@cea.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >