Lelaki 76 tahun ditemui mati berlumuran darah di Yishun

SEORANG pesara berusia 76 tahun meninggal dunia di flat Yishunnya selepas dikatakan bertelagah dengan seorang penyewa wanita flatnya berusia 34 tahun, malam semalam.

Polis yang menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan sekitar 10 malam telah menangkap wanita tersebut.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya dipanggil untuk memberi bantuan sekitar 10.55 malam, namun pintu flat di Blok 114 Yishun Ring Road itu terpaksa dibuka untuk memasukinya.

Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa terdapat kekecohan berlaku di luar flat berkenaan sebelum mangsa memasukinya.

Beliau dikatakan mengalami beberapa luka di lengannya.

Mangsa yang dikenali sebagai Encik William Wong disahkan meninggal dunia oleh paramedik sekitar 11.38 malam.

"Banyak darah," kata balunya, Cik Winnie Teo, kepada The Straits Times.

Seorang pekerja pembersihan sambilan berusia 58 tahun yang pulang ke rumah dari kerja sekitar 11 malam mendapati tangga yang menuju ke flat tiga bilik di tingkat dua blok tersebut telah dikepung polis.

Menurut pekerja wanita itu, banyak darah terpecik di koridor.

Polis sedang menyiasat.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.