Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 79 tahun maut dek denggi

Nov 30, 2015 | 10:33 AM



SEORANG lelaki berusia 79 tahun meninggal dunia akibat demam denggi pada Sabtu (28 Nov) selepas dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng Rabu lalu.


Beliau dipercayai orang ketiga yang meninggal dunia akibat penyakit itu di Singapura tahun ini.


Dua lagi mangsa ialah seorang wanita asal China berusia 53 tahun yang meninggal dunia Februari dan seorang wanita asal India berumur 60 tahun yang melawat anaknya di sini pada September.


Tidak diketahui apakah mangsa terbaru mengalami masalah kesihatan lain yang mungkin menjejaskan sistem imun dan menjadikan beliau lebih terdedah kepada penyakit ini.


Walaupun rumah lelaki itu di Toa Payoh Lorong 8 tidak diketahui berada dalam kelompok denggi aktif, pegawai daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang menjalankan usaha membunuh nyamuk dewasa serta memusnahkan tempat pembiakan berpotensi di kawasan itu.


NEA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai supaya membolehkan pegawai NEA memasuki rumah mereka untuk mencari tapak yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan menyebur racun serangga.


Mereka juga berkata keadaan lebih panas disebabkan oleh El Nino boleh menyebabkan tempoh pembiakan nyamuk Aedes lebih pende dan begitu juga masa pengeraman virus denggi.


Sehingga Jumaat lalu, terdapat 39 kelompok denggi aktif, terbesar di kawasan dari Tampines Street 81 ke Tampines Street 91, yang mempunyai 42 kes yang dilaporkan sejak dua minggu lepas.


Terdapat 254 kes denggi antara 15 dan 24 November, menurut laman web NEA.


NEA dan Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan lima langkah bagi menghapuskan nyamuk, ialah tindakan membuang air bertakung bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.


Ini termasuk menterbalikkan baldi dan piring pasu bungga, dan kerap menukar air dalam pasu.


Mereka juga berkata orang yang dijangkiti denggi perlu menggunakan ubat penghalau nyamuk bagi mengelakkan nyamuk menggigit mereka dan menjangkiti orang lain, dan mereka yang mempunyai gejala penyakit itu perlu berjumpa doktor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >