Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki bantah di Taman Istana hadapi dua pertuduhan

Apr 15, 2016 | 09:34 AM



SEORANG lelaki yang dikatakan membantah terhadap badan kehakiman, dengan mendakwa mahkamah salah laksana keadilan, diheret ke mahkamah pada Khamis (14 Apr) atas kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Yan Jun, 40 tahun, didakwa memapar dua poster, termasuk satu dalam bahasa Cina, berbunyi, "Bantahan terhadap Mahkamah Tinggi Singapura kerana salah laksana keadilan".

Warga Singapura itu, yang dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dia tahu dilarang, didakwa melakukan itu di Taman Istana pada 10.02 pagi pada 2 Mac.

Pertuduhan kedua menuduh dia mengambil bahagian dalam perhimpunan awam tanpa permit dengan memaparkan poster sama di Pusat High Street di North Bridge Road pada Rabu lalu, kira-kira 4.25 petang. Dia ditangkap.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yang Ziliang berkata Yan mungkin mengalami gangguan mental, seperti gangguan delusi khianat, dan memohon dia diperiksa di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Menyatakan dua pembelaannya, Yan berhujah Taman Istana ialah taman awam dan tidak "dilarang". Dia menuduh polis "rasuah" dalam menangani permohonannya untuk mendapatkan permit mengadakan bantahan.

Apabila Yan membantah terhadap penahanannya di IMH, DPP Yang berkata alasan bagi permohonan itu telah dibentangkan sepenuhnya.

Cara Yan bercakap tentang pembelaannya mencadangkan mungkin ada sesuatu menghalang dia menerima dan memproses maklumat yang kritikal kepada pemahamannya tentang sifat dan akibat daripada tindakannya, kata DPP itu.

Hakim mengarahkan Yan ditahan reman di IMH. Beliau berkata Yan berhak melantik peguam kemudian.

Yan akan hadir di mahkamah sekali lagi pada 28 April. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda hingga $5,000 bagi pertuduhan pertama, dan hingga $ 3,000 pada yang kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >