LELAKI berumur 101 tahun yang terselamat dalam runtuhan rumahnya tujuh hari selepas gempa bumi Nepal menerima rawatan daripada pasukan Singapura semalam.
Encik Funchu Tamang, seorang peladang, mendapat rawatan bagi trauma di pneumothorax dan melecet di lengan kiri dan kaki kirinya di klinik bergerak yang baru didirikan Palang Merah Singapura (SRC) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Qatar semalam.