Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dalam jel dek cabul anak saudara dipenjara 14 bulan lagi kerana cabul adik ipar

Nov 24, 2015 | 07:51 AM



SEORANG lelaki berusia 67 tahun, yang sedang menjalani hukuman penjara 24 bulan kerana mencabul anak saudaranya yang bawah umur, dihukum penjara lagi 14 bulan pada Isnin (23 Nov) kerana mencabul kehormatan adik iparnya.


Nama lelaki itu tidak boleh disyiarkan bagi melindungi identiti mangsa.


Mahkamah diberitahu bahawa pada 2011, anak saudaranya yang ketika itu berusia 13 tahun melaporkan kepada polis lelaki tersebut mencabulnya pada tahun itu.


Sepanjang siasatan, ibu saudara kanak-kanak tersebut, yang ketika itu berusia 37 tahun, memberitahu polis beliau juga dicabul abang iparnya itu pada 2005.


Pihak pendakwa meneruskan satu pertuduhan dan lelaki itu didapati bersalah pada September tahun lalu.


Pada Isnin, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua mencabul adik iparnya, yang diketepikan dahulu.


Mahkamah diberitahu bahawa wanita itu dimasukkan ke hospital kerana migrain pada 2005.


Pada kira-kira 10 pagi pada 29 November, lelaki itu berkeras mahu mengurut beliau di atas katil hospital.


Isteri lelaki itu, yang juga kakak wanita tersebut, berada di dalam bilik yang sama.


Lelaki itu menarik tirai dan kemudian memasukkan tangannya ke dalam gaun hospital wanita tersebut dan mengurut-urut seluruh badannya, dari kaki hingga kemaluan dan kemudian buah dadanya.


Wanita itu berasa tidak selesa dan malu, tetapi tidak dapat menolak atau memanggil kakaknya kerana beliau mengantuk dan lemah disebabkan ubat.


Mangsa tidak memberitahu kakaknya apa yang berlaku, dan ibunya menasihatkan beliau supaya jangan menjejas hubungan keluarga dengan melaporkan perkara itu kepada polis.


Hakim Daerah Liew Thiam Leng memerintahkan hukuman penjara 14 bulan itu, yang berkuat kuasa pada Isnin, berjalan serentak dengan hukuman penjara sedia ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >