Lelaki dalam kes tembak di Hospital Khoo Teck Phuat hadapi dua lagi tuduhan

LELAKI yang dituduh melepaskan tiga das tembakan dari pistol seorang pegawai polis di hospital Khoo Teck Phuat telah dikenakan dengan dengan dua lagi pertuduhanan hari Isnin.

Muhammad Iskandar Sa'at, 23 tahun, menghadapi hukuman mati jika didapati bersalah melepaskan tembakan dari pistol jenis Taurus berkaliber 0.38 inci dengan niat untuk mencederakan Staf Sarjan Mohammad Sadli Razali, 31 tahun.

Kejadian tersebut berlaku pada 20 Jun lalu antara 7.03 dengan 7.06 malam.

Dia menghadapi tuduhan tambahan - memukul Sarjan Sadli beberapa kali dengan t-baton dan dengan tiang logam yang digunakan untuk meletakkan titisan IV pada pada hari yang sama itu.

Perbuatan Muhammad Iskandar itu bertujuan untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka.

Tuduhan lain melibatkan dia cuba melarikan diri dari tahanan polis selepas ditangkap kerana mencuri sebuah lori.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.