Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dalam kes tipu pancingan data pelanggan OCBC akui terlibat ubah wang haram

Feb 17, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang dikaitkan dengan penipuan pancingan data melibatkan pelanggan OCBC Bank mengakui dia sebahagian daripada sebuah kumpulan yang membantu sindiket luar negara mendapatkan akaun bank yang digunakan untuk menerima sekitar $600,000 keuntungan yang diperolehi secara haram.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jason Chua berkata Muhammad Khairuddin Eskandariah dan rakannya adalah sebahagian daripada satu operasi pengubahan wang haram.



Pada Khamis, Khairuddin, 20 tahun, mengaku bersalah bagi pelbagai tuduhan, termasuk satu tuduhan di bawah Akta Jenayah Terancang.



Orang lain yang dikaitkan dengan penipuan itu, termasuk Mark Teo Sin Yan, 32 tahun, dan Leong Jun Xian, yang ketika itu berusia 21 tahun, telah ditangani oleh mahkamah sebelum ini.



DPP Chua berkata: "Walaupun tertuduh bukan anggota paling kanan dalam kumpulan itu, dia memainkan peranan penting dalam kegiatan(nya) dengan membantu... menukar kelayakan log masuk akaun bank, dan menguji untuk melihat apakah akaun itu boleh berfungsi untuk memindahkan sejumlah kecil wang antara akaun bank."



Khairuddin, yang dibayar kira-kira $1,200 untuk melakukan perkara itu, turut memberikan kawalan lima akaun bank kepada orang lain, walaupun dia mengetahui ia akan digunakan untuk kegiatan haram.



Kes membabitkan beberapa lagi anggota daripada kumpulan sama, termasuk seorang lagi lelaki berusia 20 tahun, belum selesai.



Dia tidak boleh dinamakan kerana berusia di bawah 18 tahun apabila didakwa melakukan beberapa kesalahannya.



DPP Chua dan Ronnie Ang menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa antara 8 Disember 2021 dan 19 Januari 2022, polis menerima 768 laporan daripada pemegang akaun OCBC yang menjadi mangsa penipuan pancingan data yang dilakukan oleh individu tidak dikenali.



Jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa itu dianggarkan kira-kira $12.8 juta, menurut mereka.



Pada Khamis, mahkamah meminta laporan untuk menilai kesesuaian Khairuddin bagi probesen dan latihan pemulihan.



Mereka yang diperintah menjalani latihan pemulihan akan ditahan di sebuah pusat untuk mengikuti satu program ketat, termasuk latihan berbaris dan kaunseling.



Khairuddin akan dijatuhi hukuman pada 27 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >