Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas cuba seludup masuk S'pura menerusi paya Sungei Buloh

Aug 15, 2015 | 05:21 PM



SEORANG lelaki berusia 45 tahun telah ditangkap hari ini kerana disyaki cuba memasuki Singapura secara terlarang menerusi Paya Simpanan Sungei Buloh.


Polis Pengawal Pantai (PCG) telah mengesan kegiatan mencurigakan di perairan Sungei Buloh itu sejurus selepas 5 pagi tadi, kata seorang jurucakap polis.


Satu operasi mencari kemudian dilancarkan sebelum lelaki tersebut ditangkap.


Namun, identiti warga negara suspek itu tidak pula diketahui.


Operasi itu dihentikan sekitar 12.15 tengah hari.


Lembaga Taman Negara (NParks) sebelum itu mengumumkan menerusi Twitter bahawa paya simpanan dekat Kranji itu akan ditutup sehingga notis lanjut disebabkan oleh operasi polis itu.


Dua jam kemudian, ia berkata Paya Simpanan Sungei Buloh itu telah dibuka semula kepada pengunjung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >