Lelaki dibunuh di Bukit Panjang

SEORANG lelaki berusia 33 tahun ditemui mati dengan luka kelar dan tikaman di Blok 636B Senja Road pada pagi Isnin (31 Ogos).

Polis berkata dalam satu kenyataan seorang wanita berusia 26 tahun ditahan berhubung kes itu, yang disifatkan sebagai pembunuhan.

Lelaki dan wanita itu dipercayai warga Singapura dan pasangan suami isteri. Mereka tinggal di tingkat 15 blok itu.

Menurut polis, mereka menerima panggilan meminta tolong pada kira-kira 1 pagi dan paramedik mengesahkan lelaki itu meninggal di tempat kejadian pada 1.19 pagi.

Seorang lagi anggota keluarga itu dipercayai membuat panggilan tersebut.

Di Blok 629 di seberang jalan, pegawai forensik dilihat mengumpul bukti dan kawasan di kaki blok tersebut dikepung.

Siasatan masih dijalankan

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.