Lelaki didakwa bunuh berkaitan kematian di St James Power Station

SEORANG lelaki berusia 26 tahun didakwa pada Selasa (14 Mac) membunuh seorang lelaki berusia 35 tahun di pusat hiburan St James Power Station pada Ahad.

Shawalludin Sa'adon muncul di mahkamah memakai kemeja merah dan sepasang bermuda biru gelap.

Mangsa, Encik Satheesh Kumar Manogaran, mengalami kesan tikaman di kepala dan belakang badannya. Beliau kemudian meninggal dunia di hospital.

Seorang lagi lelaki, berusia 28 tahun, mengalami kecederaan di kepala.

Dalam satu kenyataan pada Isnin malam, polis berkata mereka menangkap empat lelaki berkaitan kejadian itu.

Penyerang dikatakan berusia antara 20 dan 28 tahun, dan ditangkap berikut penyiasatan dan pertanyaan di lapangan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis, kata polis.

Shawalludin ditangkap pada Ahad, dan pegawai polis kemudian mengenal pasti tiga lagi suspek dan menangkap mereka dalam operasi sehari kemudian.

Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai akibat pertikaian antara mangsa dan kakitangan Postbar, sebuah kelab malam di St James. Siasatan terhadap tiga suspek lain sedang berjalan.

Suspek direman di Divisyen Polis Central. Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 21 Mac.

Waktu Solat

Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,175.440 +4.080