SEORANG daripada dua penumpang kereta yang merempuh adangan polis dekat Hotel Shangri-La bulan lalu, semalam dituduh bersubahat dengan pemandu kenderaan itu dengan melakukan tindakan gopoh yang membahayakan keselamatan dua pegawai polis.
Muhammad Syahid Mohamed Yasin, 26 tahun, didakwa menjerit "jalan, jalan" kepada pemandu kereta Subaru Impreza berwarna merah itu, Mohamad Taufik Zahar, 34 tahun.