Lelaki didenda 15 bulan kerana ambil video lucah

SEORANG pelajar berusia 20 tahun akan menjalani probesen 15 bulan kerana mengambil video bawah skirt wanita.

Malah, dia memiliki lebih 1,100 filem lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Gan Wey Ian melakukan kesalahan mencabul kehormatan itu di kawasan Tampines pada 10 Oktober tahun lalu.

Ketika itu dia anggota Perkhidamatan Negara (NS) sepenuh masa.

Mahkamah diberitahu Gan keluar kem tentera dan pergi ke pusat beli-belah Tampines untuk meluangkan masa di sana.

Dia kemudian menaiki tangga berjalan dari tingkat empat ke tingkat lima apabila terlihat mangsa berusia 24 tahun bersama dua rakannya di hadapan.

Gan memutuskan untuk mengambil video bawah skirt mangsa dengan telefon bimbitnya, namun rakan mangsa terlihat perbuatan tersebut dan menelefon polis.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.