Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didenda $3,500 bagi komen 'kebenaran untuk tembak'

Nov 04, 2016 | 11:32 AM



SEORANG lelaki yang meminta "kebenaran untuk menembak" kumpulan lesbian, gay, biseksual dan komuniti transgender (LGBT) dalam satu pos dalam talian didenda $3,500 pada Jumaat (4 Nov).



Bryan Lim Sian Yang, 36 tahun, mengaku bersalah di mahkamah bagi satu tuduhan lebih ringan membuat komunikasi mengancam, kesat atau menghina di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan.



Lim, seorang perunding prestasi serantau di Canon, pada mulanya didakwa menggalak keganasan terhadap kumpulan LGBT, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda.



Dalam pos Facebook pada 4 Jun di halaman kumpulan tempatan yang membangkang tahunan LBGT, Pink Dot, Lim didakwa menulis: "Saya seorang warga Singapura. Saya seorang anggota NS (Perkhidmatan Negara), saya seorang bapa. Dan saya bersumpah akan melindungi negara saya. Beri saya kebenaran untuk menembak. Saya ingin melihat £@€$^*s mati demi perjuangan mereka."



Dia membuat komen itu di laman Facebook We Are Against Pink Dot In Singapore - sebuah kumpulan awam dengan lebih 7,500 ahli - sebagai respons kepada pos yang melahirkan rasa tidak puas hati syarikat berbilang negara menyokong perhimpunan itu, yang diadakan pada 4 Jun.



Selepas posnya disebar di media sosial, sekurang-kurangnya tiga laporan polis dibuat.



Komputer atas meja, komputer riba dan telefon bimbit Lim kemudian dirampas polis.



Kebimbangan mengenai komennya meningkat selepas kejadian menembak di sebuah kelab malam gay di Amerika Syarikat pada 12 Jun, yang mengorbankan 43 orang.



Lim kemudian menurunkan posnya dan memohon maaf dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >