Lelaki didenda dan dilarang memandu kerana cuai

SEORANG lelaki yang telah merempuh belakang sebuah bas yang tidak bergerak dan mengakibatkan anaknya meninggal dunia didenda $800 dan diharamkan memandu selama tiga bulan, hari ini.

Alfred Ng Hon Lum, 30 tahun, akui memandu tanpa pertimbangan yang munasabah di sepanjang Lebuh Raya Pusat (CTE) pada 22 September tahun lepas.

Beliau gagal melihat ke hadapan dan telah merempuh belakang sebuah bas SBS Transit yang terletak di lorong kiri jalan susur ke Ang Mo Kio Avenue 3 dengan lampu amaran yang menyala.

Mahkamah trafik mendengar bahawa Ng sedang memandu kereta Nissan Latio di lorong paling kiri daripada empat lorong CTE bersama isteri dan anak perempuannya yang sedang sakit.

Mereka dalam perjalanan pulang selepas rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.