Kes meludah wanita di pusat tukaran bas

Lelaki didenda dan dipenjara lima minggu

LELAKI yang meludah dua wanita di pusat tukaran bas Woodlands Oktober lalu dijatuhi hukuman penjara lima minggu dan didenda $800 tadi.

Juraimi Kamaludin, 48 tahun, seorang pekerja pembersihan, didapati bersalah menyebabkan gangguan awam selepas perbicaraan tiga hari - dengan meludah Cik Teoh Lay Peng, 41 tahun, dan menolaknya keluar bas dengan keras serta meludah Cik Lee Kuan Eng, 34 tahun, sebanyak enam kali dalam 10 minit.

Dalam satu pertukaran beremosi di mahkamah tadi, Juraimi menangis apabila Hakim Daerah Lim Keng Yeow berkata, beliau berharap melihatnya menjalani kehidupan normal dan baik dalam tiga tahun.

"Saya tidak terkata apa-apa mendengar ini. Tiada seorang pun yang pernah berkata itu kepada saya. Saya sangat gembira dan bersyukur," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.