Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diharam gunakan GrabCar kerana ganggu pemandu

Jul 27, 2016 | 07:40 AM



BELIAU membuat tempahan bagi perjalanan pada waktu ganjil pada malam hari atau memberi destinasi dan lokasi pengambilan palsu.



Malah, beliau pernah memberi Pulau Ubin sebagai destinasi beliau.



Encik Peter Quek melakukan itu untuk mengganggu pemandu perkhidmatan kereta sewa privet GrabCar lebih sembilan bulan sejak November tahun lepas.



Akibatnya, firma pengendali GrabCar, Grab, "secara kekal mengharamkan" Encik Quek daripada platform perkhidmatan kereta sewa privetnya, selepas menyiasat aduan terhadap beliau daripada seorang pemandu.



Ini dipercayai sebagai kes pertama seseorang diharam daripada perkhidmatan GrabCar kerana mengganggu pemandunya.



"Kami memandang serius perbuatan menyalah guna platform kami. Bagi penyalah guna platform kami, baik pemandu mahupun penumpang, aksesnya kepada platform kami akan dibatalkan, dan kes teruk akan dirujuk kepada penguatkuasa undang-undang," kata seorang jurucakap Grab.



Difahamkan bahawa Encik Quek pemandu SMRT Taxis berusia 30-an atau 40-an tahun.



Menurut akhbar The Straits Times, naib presiden penerangan dan komunikasi korporat SMRT, Encik Patrick Nathan, berkata syarikat itu menjalankan siasatannya sendiri berhubung perkara tersebut.



Selain memberi destinasi dan tempat pengambilan palsu, Encik Quek akan memberi alasan untuk tidak menaiki kereta selepas pemandunya tiba, dengan mendakwa beliau telah mendapat teksi.



Beliau kemudian akan memaksa pemandu itu membatalkan tempahan, yang akan memberi kesan ke atas kadar pembatalan pemandu itu dan mengurangkan bayaran insentif yang diterimanya daripada Grab.



Seorang pemandu GrabCar, Cik Eliza Shen, membuat laporan polis terhadap Encik Quek Rabu lalu selepas diganggu olehnya dalam kumpulan pesanan WhatsApp dan kumpulan perbincangan Facebook.



Cik Shen berkata Encik Quek membuat komen "sangat seksis" terhadapnya, berkata beliaua "wanita menarik" dan "wajah boleh tahan".



Encik Quek juga memuat naik gambar anak Cik Shen, yang diambilnya daripada akaun Facebook beliau, dalam kumpulan sembang dan Facebook, walaupun beliau pernah memberitahunya supaya jangan berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >