Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dihukum jel 22 bulan, rotan 3 kali kerana tetak pemandu teksi

Dec 22, 2015 | 03:23 PM



SEORANG penganggur yang menetak seorang pemandu teksi dengan parang dihukum hukuman penjara 22 bulan dan sebat tiga kali pada Selasa (22 Disember).


Goh Tong Chin, 22 tahun, yang menghadapi enam pertuduhan, mengaku menetak jari telunjuk kanan, bibir bawah dan dahi Encik Sazali Abdullah, 58 tahun, berhampiran Lim Chu Kang Chinese Cemetery Path 11 kira-kira 1 pagi 14 Mei lalu.


Temanitanya, Eng Wan Fong, juga 22 tahun, dan Tan Jing Zi, 23 tahun, kedua-duanya penganggur, juga mengaku mempunyai niat bersama menyebabkan kecederaan ke atas Encik Sazali. Mereka akan dijatuhi hukuman kemudian.


Ketiga-tiga mereka pada asalnya dituduh cuba merompak dengan menyebabkan kecederaan.


Goh juga mengaku menumbuk ibu saudaranya, Cik Goh Bee Cheng, 55 tahun, di matanya di sebuah flat di Bedok Reservoir Road pada 24 Februari lalu, serta mencuri dua tin bir di Smiles Mart di Eunos Crescent pada Ogos tahun lepas.


Mahkamah diberitahu bahawa Goh mencadangkan mereka mencari pemandu teksi tua untuk dirompak, dan Eng serta Tan setuju, pada 13 Mei.


Sekitar tengah malam, mereka menahan teksi Encik Sazali untuk pergi ke tanah perkuburan Cina di Choa Chu Kang Road.


Apabila teksi itu sampai di simpang Old Choa Chu Kang Road, Eng memberitahu Encik Sazali supaya memandu hingga Lim Chu Kang Chinese Cemetery Path 11.


Apabila Encik Sazali sampai di sana, Eng dan Tan lari keluar dari teksi itu sementara Goh mengambil parang tersebut lalu menetak pemandu itu dari belakang.


Apabila Goh melihat begitu banyak darah terpericik, dia menjadi takut dan melarikan diri.


Encik Sazali kemudian menelefon polis.


Tiga penjenayah itu ditangkap beberapa jam kemudian.


Hakim Daerah Low Wee Ping kebelakangan hukuman ke atas Goh hingga Mei 15.


Beliau menangguhkan hukuman ke atas Eng dan Tan sementara menunggu laporan probesen pada 26 Januari.


Kedua-duanya juga mengaku bersalah terhadap pertuduhan kedua mencuri dua aksesori telefon bimbit berharga $120 di kedai Challenger di Tampines pada 6 Mei bersama Goh dan temanita Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >