Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 31/2 tahun kerana buat dan gunakan wang palsu

Nov 24, 2016 | 12:43 PM



SEORANG lelaki yang menggunakan wang kertas $100 palsu untuk membeli rokok dan membuat wang kertas $50 palsu dipenjara tiga setengah tahun pada Khamis (24 Nov).



Sasi Kumar Lakshmanan, 29 tahun, yang menghadapi empat tuduhan, mengaku bersalah menggunakan not $100 palsu untuk membayar $22 bagi membeli rokok di sebuah kedai kopi di Lorong Lew Lian; dan menghasilkan wang not $50 palsu di rumahnya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Magdalene Huang berkata Sasi Kumar memutuskan mencetak beberapa wang kertas palsu kerana dia menghadapi masalah kewangan dan berhutang lebih $5,000 pada ah long.



Pada 11 Julai, dia mengambil wang not $100 dan meletaknya di atas mesein pencetak. Dia membuat lima hingga enam salinan wang itu.



Dia akhirnya berjaya menghasilkan salinan fotokopi wang not $100 yang hampir menyerupai yang tulen dan mencetak empat lagi salinan wang itu.



Esoknya, Sasi Kumar mengeluarkan wang kertas $100 palsu di kedai kopi Foodpark di Blok 2 Lorong Lew Lian untuk membayar bagi dua bungkus rokok berjumlah $21.80.



Dia simpan wang baki $78.20.



Not palsu itu ditemui dalam daftar tunai kedai kopi tersebut oleh seorang penyelia gerai, yang membuat laporan polis pada 13 Julai.



Polis menyerbu rumah Sasi Kumar di Lorong Lew Lian dan menemui, antara lain, wang kertas $50 palsu.



Dua tuduhan, menggunakan wang not $100 palsu dan mempunyai alat untuk membuat wang palsu itu, diambil kira.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >