Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 4 minggu kerana cabul wanita dalam MRT

Aug 23, 2016 | 09:49 AM



SEORANG pencabul dipenjara empat minggu kerana meraba seorang penumpang MRT selepas hakim mencemuh dakwaannya bahawa perbuatan itu dilakukan orang lain.



Bukti "menyarankan dengan kuat bahawa lelaki yang tidak dikenali itu hanya khayalan imaginasi tertuduh atau helah untuk mengalihkan tumpuan dalam kes pembelaan", kata Hakim Daerah Terence Tay dalam alasan keputusan yang dikeluarkan pada Jumaat (19 Ogos).



Sebaliknya, mahkamah mendapati Yeo Loo Yee, seorang pelajar berusia 23 tahun, bersalah berterusan menyentuh dengan tangannya punggung kiri seorang penumpang wanita dan bahagian lain tubuh beliau yang tidak dinyatakan.



Kesalahan itu berlaku apabila Yeo dan mangsa menaiki sebuah kereta api Laluan Circle di stesen Bishan arah ke stesen Caldecott pada kira-kira 8 pagi 7 Julai 2014.



Mangsa merasa badan seseorang menyentuh punggung kirinya dan sentuhan itu terlalu lama untuk dianggap sebagai tidak sengaja. Beliau nampak Yeo, yang berdiri di sebelah beliau, melalui refleksi pada kaca pintu kereta api MRT, dan bergerak ke depan sedikit agar lebih renggang dengannya.



Wanita itu juga menolak beg tangannya ke belakang untuk menutup lebih banyak bahagian belakang badannya.



Bagaimanapun, beliau kemudian merasa tangan seseorang menyentuh punggung beliau, dan apabila berpusing, ternampak Yeo berdiri kira-kira 20 sentimeter di belakang. Beliau tidak melakukan apa-apa ketika itu.



Antara stesen Marymount dan Caldecott, wanita itu sekali lagi merasa seseorang menyentuh punggung kirinya. Kali ini, beliau memberitahu Yeo: "Hello, awak dah cukup sentuh?"



Hakim Tay berkata Yeo respon dengan wajah geli hati tetapi tidak menafikan dakwaan tersebut. Wanita itu kemudian membuat laporan polis.



Dalam satu kenyataan kepada polis tahun lalu, selepas dia ditangkap, Yeo berkata kereta api itu penuh sesak dan dia meraba wanita tersebut kerana beliau memasuki ruangnya.



Dia tidak sebut tentang "lelaki tidak diketahui" dan hakim mendapati "sukar dipercayai" Yeo tidak menyatakan hal itu sejak awal.



Encik Tay berkata Yeo kelihatan sebagai "saksi tidak benar dan mengelak" manakala mangsa seorang "saksi jujur, boleh dipercayai dan meyakinkan" yang kenyataannya "sungguh meyakinkan".



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Eunice Ng meminta Yeo dihukum penjara sekurang-kurangnya enam minggu, sambil memberitahu mahkamah dia dikenakan probesen 15 bulan dan kerja kemasyarakatan selama 80 jam pada 2014 kerana kesalahan mencabul.



Hakim Tay berkata perbuatan Yeo lebih teruk kerana dilakukan hanya empat bulan setelah dia dikenakan probesen. Beliau berkata hukuman penjara wajar kerana dengan usaha ke arah menggurangkan penggunaan kereta, lebih ramai orang akan menggunakan pengangkutan awam, termasuk kereta api.



"Oleh itu, adalah perlu untuk penumpang berasa cukup selamat apabila menaiki kereta api MRT. Mereka tidak harus terpaksa mendedahkan diri mereka kepada pencabulan atau bentuk lain pelanggaran tubuh dengan alasan keadaan sesak yang semestinya dalam kereta api MRT," kata Encik Tay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >