Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel kerana kelakuan 'buruk' serang pemandu teksi

Nov 16, 2016 | 07:35 AM



SEORANG warga Jerman yang cuba memotong barisan teksi dengan mendakwa dia harus mendapat keutamaan kerana membayar cukai $40,000 kepada Singapura, dan kemudian menumbuk pemandu teksi itu, dipenjara 10 hari pada Selasa (15 Nov).



Hakim Daerah Lim Tse Haw berkali-kali menyifatkan kelakuan Michael Fritsch semasa kejadian pada 17 Mei tahun lalu itu sebagai "buruk" dari awal hingga akhir.



Encik Lim berkata hukuman penjara empat minggu adalah minimum, tetapi memandangkan pengakuan bersalah dan penyesalan yang ditunjukkan oleh Fritsch, 38 tahun, beliau mengurangkannya, tetapi dengan memberinya amaran.



"Saya harap anda mengambil pengajaran daripada insiden ini dan tidak sekali-kali melakukan keganasan terhadap sesiapa, apatah lagi pekerja pengangkutan awam," kata Encik Lim.



Selepas minum di kelab malam Zouk, Fritsch, yang mengetuai operasi perniagaan Asia-Pasifik di firma T-Systems, dan seorang kawan beredar pada 4 pagi untuk mendapatkan teksi. Namun, sudah ada orang menunggu teksi di Kim Seng Road yang berhampiran.



Apabila tiba giliran Encik Low Chong Peng, satu pasangan mendekati teksi beliau tetapi belum sempat mereka masuk, Fritsch masuk dan duduk di tengah-tengah.



Dia menawarkan membayar Encik Low, 52 tahun, sekali ganda pendapatan bulanan pemandu teksi, yang sekitar $2,000 hingga $3,000. Encik Low menolaknya, dengan menyatakan ia adalah soal prinsip.



Fritsch kemudian bertekak dia harus mendapat keutamaan kerana membayar cukai tinggi kepada Singapura setiap tahun. Dia berkata dia akan menelefon Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Encik Low menyuruh Fritsch keluar dari teksinya sebelum membuat panggilan. Fritsch enggan, dan terus menekan telefon bimbitnya. Pemandu teksi di belakang mula membunyikan hon mereka.



Selepas 15 minit, Encik Low mengalah dan bertanya ke mana Fritsch mahu pergi. Tetapi Fritsch berkata beliau akan menunggu hingga semua orang di luar pergi supaya Encik Low tidak dapat mengambil sembarang penumpang.



Encik Low kemudian memberitahu Fritsch beliau akan mengambil gambarnya dan melaporkannya kepada polis. Beliau mengambil beberapa gambar Fritsch dan menghubungi 999. Apabila Encik Low menoleh ke belakang, Fritsch menumbuk dahinya.



Fritsch, yang telah beredar apabila polis tiba, ditangkap lima hari kemudian.



Peguam Fritsch, Encik Adam Maniam, berkata anak guamnya mahu menderma $1,000 kepada Persatuan Teksi Kebangsasan tetapi wang itu pergi kepada Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan memandangkan persatuan itu tidak boleh menerima sumbangan tersebut.



Fritsch juga telah memberi surat permohonan maaf kepada Encik Low dan pampasan $1,675.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >