Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel kerana penipuan kereta terpakai libatkan $3.2j

Jun 16, 2016 | 09:02 AM



PELBAGAI model kereta - daripada jenis mewah Porsche Boxster dan Lexus GS300 kepada buatan China, Geely CK dan QQ Chery - yang dibeli 50 pembeli antara Januari 2013 dan Februari tahun lalu ditarik balik oleh firma kewangan.



Ini kerana tanpa diketahui para pembeli itu, kereta tersebut tidak didaftarkan di bawah nama mereka.



Ia gara-gara penjual kereta terpakai itu - Cars Today - menjalankan satu penipuan dan tidak membayar balik pinjaman yang ia dapatkan bagi membeli kereta-kereta tersebut.



Pada keseluruhannya, syarikat itu menipu 71 pembeli, 14 penjual dan empat syarikat kewangan sejumlah $3.16 juta dalam bentuk wang dan kereta.



Pembeli dan penjual kerugian sekurang-kurangnya $1.42 juta kesemuanya.



Pada Rabu (15 Jun), bos de facto syarikat itu, Poh Chee Tiong, 62 tahun, seorang muflis, dipenjara tujuh tahun.



Sebelum itu, dia mengaku bersalah terhadap 33 daripada 168 tuduhan, yang sebahagian besarnya ialah bagi penipuan.



Dia juga mengaku bagi baki 135 tuduhan, yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Hakim Daerah Salina Ishak, dalam alasan ringkas mengenai keputusan beliau, berkata: "(Poh) menyebabkan kemudaratan kewangan besar dan kesulitan besar kepada mangsanya."



Beliau berkata, antara lain, ada 89 mangsa kesemuanya - pembeli, penjual dan firma kewangan - dan kesalahan itu dilakukan dalam satu tempoh masa panjang.



"(Poh) merancang satu penipuan sistematik dan rumit untuk menipu pelanggan dan pemiutang Cars Today; (dia) melakukan kesalahan itu untuk kepentingan peribadi kerana mahu mengembangkan operasi dan kumpulan kereta Cars Today," kata Cik Salina.



Mahkamah diberitahu bahawa Poh pemilik tunggal syarikat penjual kereta terpakai Car Kingdom antara 2007 dan 2009, tetapi dia muflis pada 2009.



Pada Julai 2011, dia memberitahu isterinya, Liew Foong Lin, 46 tahun, supaya mendaftar Cars Today di bawah namanya. Tetapi Poh yang menguruskan syarikat itu sendirian.



Bagi mendapatkan pinjaman untuk membeli kereta, Poh mencapai perjanjian 'lantai' dengan firma kewangan, di mana Cars Today akan memindahkan pemilikan berdaftar sesebuah kereta yang dibelinya kepada firma kewangan, supaya firma kewangan berhak menarik balik kereta tersebut jika Cars Today tidak menjelaskan hutangnya.



Apabila Cars Today membeli sesebuah kereta secara kredit, ia sepatutnya memaklumkan syarikat kewangan mengenai harganya dan jual kereta itu serta membayar balik pinjaman secepat mungkin. Jika tidak, lebih banyak faedah akan ditanggungnya.



Tetapi Poh mahu mengembangkan perniagaan dan kumpulan keretanya, dan juga meningkatkan aliran tunai.



Jadi, tanpa diketahui pembeli, Cars Today tidak memindahkan hak milik kereta kepada mereka selepas mereka membayar dan mengambil kenderaan mereka.



Dalam beberapa kes, Cars Today membeli kereta dan menjualnya, dan selepas itu memohon pinjaman di bawah perjanjian lantai. Dengan itu ia mendapat pinjaman dan memindahkan hak milik kereta itu kepada firma kewangan, bukan pembeli yang telah mengambil kereta tersebut.



Cars Today juga memalsukan dokumen untuk menaikkan harga beli kereta, sekali gus menipu firma kewangan supaya memberi pinjaman lebih besar.



Poh turut mendapatkan anaknya, Poh Ee, 28 tahun, seorang pengurus di Cars Todak pada masa itu, untuk melakukan perkara tersebut.



Antara Disember 2013 dan Disember 2014, Poh Ee membuat perubahan pada 18 salinan perjanjian jual beli yang telah ditandatangani penjual untuk menaikkan harganya.



Penjual ditipu supaya menghantar kereta itu kepada Cars Today, dengan kepercayaan syarikat tersebut akan melunas baki pinjaman kereta itu. Tetapi Cars Today tidak melakukannya.



Selepas menyerahkan kereta mereka, sesetengah penjual masih terpaksa membayar cukai jalan dan premium insurans kerana mereka masih disenaraikan sebagai pemilik berdaftar kereta itu.



Isteri dan anak Poh didenda $3,000 dan $15,000 bulan lalu bagi kesalahan masing-masing.



Liew mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan bersubahat dengan suaminya dalam menguruskan syarikat walaupun dia seorang muflis, manakala Poh Ee mengaku bersalah terhadap tiga daripada 18 tuduhan bersubahat dengan bapanya dalam melakukan pemalsuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >