Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dikatakan samar sebagai polis dan rogol gadis 16 tahun

May 25, 2016 | 09:25 AM



SELEPAS memerhatikan sepasang remaja bermesraan di sebuah ruang tangga HDB, seorang penghantar pizza didakwa mendekati mereka, menyamar sebagai pegawai polis, dan merogol gadis berusia 16 tahun itu selepas menyuruh teman lelakinya yang sebaya pergi.



Muhammad Firman Jumali Chew, 30 tahun, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi pada Selasa (24 Mei) bagi tuduhan rogol, serangan seksual dengan memaksa remaja itu melakukan seks oral kepadanya dan menyamar sebagai penjawat awam.



Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 9 Okt 2013 ke atas seorang pelajar menengah tiga warga Singapura yang pergi ke sekolah di sini setiap hari dari rumahnya di Johor Baru.



Beliau kini 19 tahun.



Menetapkan kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sharmila Sripathy-Shanaz memberitahu mahkamah pasangan itu akan memberi keterangan bahawa mereka berada di tingkat 11 di tangga di Blok 362, Woodlands Avenue 5, apabila gadis itu perasan ada seseorang mengintip mereka.



Pasangan itu bergegas pergi tetapi ketika menunggu lif, Firman didakwa memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dan meminta kad pengenalan mereka.



Mereka mematuhinya kerana bimbang dia akan melaporkan perbuatan seksual mereka kepada polis, ibu bapa dan sekolah mereka, kata Cik Sharmila.



Firman memulangkan kad pengenalan remaja lelaki itu dan menyuruhnya pergi.



Dia kemudian membawa gadis itu ke tingkat lima Blok 359, yang berdekatan.



DPP Sharmila berkata gadis itu akan memberi keterangan bahawa selepas Firman bertanya apakah dia mahu ibu bapanya tahu apa yang dia lakukan dengan teman lelakinya, dia merayunya supaya tidak memberitahu sesiapa dan menawarkan wang kepadanya.



Gadis itu akan memberitahu bagaimana dia diserang secara seksual dan melakukan apa yang disuruh Firman kerana takut dia akan melaporkannya, tambah Cik Sharmila.



Seorang saksi, Encik Tung Shue Kiong, akan memberi keterangan dia melihat Firman meninggalkan Blok 362 bersama gadis itu, dan kemudian melihat teman lelaki gadisnya mundar-mandir cemas di kolong blok.



Encik Tung akan memberi keterangan bagaimana beliau membantu remaja lelaki itu mencari gadis tersebut selama satu jam, bagaimana dia mengikutinya ke Pusat Tukaran Bas Woodlands dan bertemu Firman.



Beliau akan memberi keterangan beliau bersemuka dengan Firman dan bertanya apa dia telah lakukan terhadap gadis itu.



Bukti akan ditunjukkan bahawa gadis itu berasa cemas, takut dan teresak-esak.



Seorang rakan keluarganya yang pulang ke Johor Baru bersama gadis itu akan memberi keterangan dia mendedahkan dia telah dirogol. Gadis itu kemudian membuat laporan polis di Singapura.



Hukuman maksimum bagi rogol dan serangan seksual ialah penjara 20 tahun, dengan kemungkinan dikenakan sebat atau denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >