Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 6 bulan kerana pindah wang curian ke Nigeria

Sep 01, 2014 | 07:34 PM



SEORANG lelaki dihukum penjara enam bulan hari ini kerana menerima wang curian dan memindahkannya kepada warga Nigeria di luar negara.


Muhammad Aznan Abdul Aziz, 24 tahun, menghadapi 65 tuduhan kerana secara tidak jujur menerima harta curian dan memindahkan harta tersebut.


Dia mengaku salah kepada lima tuduhan - setiap satu dakwaan menerima $11,700 dan memindahkan $13,070 kepada dua warga Nigeria tahun lalu.


Mahkamah diberitahu Muhammad Aznan mengenali seseorang dengan nama 'Zoe Tay' melalui satu laman jaringan sosial - Tegged - pada April tahun lalu.


Ketika berhubungan melalui Skype, Muhammad Aznan, yang merupakan anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NS), mendedahkan dia sedang mengalami kesempitan wang sejak menyertai NS.


'Zoe Tay' menawarkannya pekerjaan sebagai ejennya dalam satu perniagaan telefon.


Muhammad Aznan menjadi orang tengah, dengan pelanggan Zoe Tay memindahkan wang ke dalam akaun Muhammad Aznan setelah urusan jual beli dipastikan.


'Zoe Tay' akan memberitahunya setiap kali wang dimasukkan ke dalam akaunnya.


Muhammad Aznan kemudian akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun di Nigeria melalui satu khidmat pemindahan wang dinamakan MoneyGram.


Dia dijanjikan komisyen 10 peratus bagi setiap transaksi yang dibuat.


Sejak 15 April tahun lalu, Muhammad Aznan mula menerima wang dan kebanyakan kali dia akan memindahkan wang melalui MoneyGram ke dalam akaun di Nigeria itu.


Berdasarkan siasatan, dia menerima upah sebanyak $2,255 dan telahpun menyerahkan wang itu kepada polis.


Muhammad Aznan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda kerana menerima harta curian.


Hukuman maksimum memindahkan harta curian adalah denda $500,000 dan tujuh tahun penjara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >