Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana dera anak temanita berusia 7 tahun

May 05, 2016 | 02:06 PM



SEORANG bekas teknisyen alat hawa dingin yang mengancam temanitanya dan mendera anak perempuan beliau yang berumur tujuh tahun, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dua minggu pada Khamis (5 Mei).

Aminnuddin Siregar Aminullah Siregar, 29 tahun, mengaku melakukan ugutan jenayah pada 13 Jan tahun lalu, dan mencubit paha kiri kanak-kanak itu, menampar mukanya dan melumur lada pada mulutnya pada 10 Februari tahun sama.

Mahkamah diberitahu bahawa Aminnuddin, yang tinggal bersama temanitanya, 32 tahun, sedang bercakap dengan budak itu pada 12 Januari apabila dia berasa kanak-kanak itu tidak menghormatinya.

Dia mengesyaki kakak temanitanya menghasut budak itu supaya berbuat demikian.

Aminnuddin menyuruh budak itu duduk separuh mencangkung kira-kira 15 minit dan meletak rokok menyala dekat kemaluannya beberapa minit.

Esoknya, apabila kakak temanitanya memberitahunya beliau akan melaporkannya kepada polis, Aminnuddin menjadi marah dan memberitahu temanitanya: "Kau semua beritahu polis dan sebelum polis tiba, kau semua akan mati di tangan aku".

Cemas, temanitanya turun ke kolong blok bersama mangsa dan adik-beradik perempuannya dan menghubungi polis.

Pada 10 Februari, Aminnuddin pergi mengambil kanak-kanak itu dari sekolah. Apabila gurunya memberitahu dia budak itu berkata tidak ada sesiapa di rumah untuk membimbingnya dalam pelajaran, Aminnuddin marah budak itu.

Ketika berjalan ke motosikalnya, dia mencubit paha kanak-kanak itu. Apabila tiba di tempat letak kereta, dia menampar pipi budak itu. Di luar rumah, dia sekali lagi menamparnya.

Temanitanya, yang berada di rumah, memberitahu Aminnuiddin dia mahu membawa anaknya keluar makan tengah hari tetapi dia melarangnya.

Aminnuiddin kemudian memanggil budak itu dan menamparnya di muka.

Dia menjerit padanya supaya mengambil lada dari peti sejuk dan melumurnya pada bibir kanak-kanak itu.

Apabila melihat perbuatan Aminnuddin, temanitanya keluar rumah dan membuat laporan polis. Aminnuddin terus melumur lada pada bibir kanak-kanak itu hingga polis tiba.

Temanita Aminnuddin sekarang tunangnya dan hamil tiga bulan.

Hakim Daerah Luke Tan berkata kepada Aminnuddin apa yang dilakukannya terhadap kanak-kanak itu adalah kejam.

"Sekarang awak akan menjadi seorang bapa, saya harap awak akan menggunakan masa ini untuk merenung kembali apa yang awak sudah lakukan," katanya.

Hukuman Aminnuddin dikebelakangkan ke 28 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >