Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana menipu

Lakukan penipuan dengan mencampurkan emas tulen dan emas tiruan kemudian pajak
Dec 15, 2016 | 04:58 PM



SEORANG penipu yang menipu beberapa kedai pajak dengan mendagangkan barang kemas campuran pelbagai jenis sebagai emas tulen telah dipenjara sejumlah 4½ tahun hari ini, lapor akhbar The Straits Times.



Mohammad Nurfadly Rosli, 34 tahun, yang menghadapi 62 tuduhan, mengaku salah atas 20 tuduhan termasuk memiliki dan mengambil dadah.



Kesemuanya, lebih daripada 40 mangsa, termasuk kedai pajak dan individu yang ditipunya dengan cek tendang dan barangan palsu, telah ditipu $85,648.



Mahkamah daerah hari ini dimaklumkan bahawa pada lewat 2015 atau awal 2016, Nurfadly mendapat ilham untuk mencampurkan barang kemas yang diperbuat daripada emas tulen dan emas tiruan.



Ini menjadikan barang kemas itu lebih berat dan bernilai lebih tinggi apabila dijual atau dipajak.



Nurfadly 'beroperasi' dengan cara membeli emas tiruan terlebih dahulu di Joo Chiat atau pusat membeli-belah Mustafa, dan dengan menggunakan playar, akan mencantumkan emas tiruan dan emas tulen bersama-sama dan menjadikannya satu unit barang kemas.



Dia tahu dengan melakukan begini, akan lebih sukar untuk kedai pajak memastikan jika ia emas tulen sepenuhnya.



Nurfadly kemudiannya memajakkan barang kemas itu sendiri, atau bersekongkol dengan rakan untuk membantunya memajakkan barang kemas itu.



Meskipun dia berjaya menjual barang kemas itu di beberapa kedai pajak, Nurfadly menjadi takut perbuatannya diketahui. Jadi dia mendapatkan bantuan Saje Husiadi, 56 tahun, untuk membantunya.



Saje, yang telah dipenjara sejak 10 bulan lalu, akan menawarkan barang kemas palsu itu ke kedai pajak dan menipu kakitangan untuk mempercayai bahawa barang kemas itu keseluruhannya diperbuat daripada emas tulen.



Selepas setiap transaksi, Saje akan memberikan hasil pajakan secara tunai dan kertas pajak kepada Nurfadly yang kemudian akan memberinya $100 hingga $200 untuk setiap transaksi.



Menurut Timbalan Pendakwa Raya David Koh, Nurfadly turut menarik pemandu Grabcar Elvin Rahdyan Haji Nasrul, 30 tahun, yang belum dihukum lagi.



Nurfadly juga turut mendapatkan khidmat seorang lagi rakannya, Tan Nurliyana, 21 tahun, untuk memajak barang kemas bagi pihaknya dan pada beberapa ketika, mengarahkan Elvin memandu Nurliyana ke kedai pajak.



Nurliayana telah dipenjara selama empat bulan.



Mahkamah dimaklumkan bahawa Nurfadly telah terlibat dalam beberapa kes penipuan lainnya.



Dia akan menjual barangan tiruan kepada individu dan membeli beg tangan berjenama dan barangan lain daripada mangsa tanpa membuat bayaran penuh atau menggunakan cek tendang untuk membayarnya.



Nurfadly telah diberkas di stesen MRT Eunos pada 14 Mac tahun ini atas kesalahan dadah.



Polis mengetahui tentang penipuannya berhubung siri penipuan berkaitan barang kemas apabila seorang pengurus kedai pajak Ban Joo membuat satu laporan selepas barang kemas yang dipajak Nurfadly didapati tiruan sewaktu proses pengesahan dan ujian.



Barang kemas campuran itu hanya mengandungi 4 peratus sahaja kandungan emas tulen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >