Lelaki dipenjara satu tahun kerana seks dengan remaja bawah umur

SELEPAS bertemu seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menerusi seorang kenalan Januari lepas, Muhammad Nur Hakim Abdulah meminta remaja itu untuk menjadi temanitanya.

Remaja itu bersetuju dan beberapa hari kemudian dia ditekan Nur Hakim untuk mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan di rumah lelaki itu.

Semalam, Nur Hakim dijatuhkan hukuman penjara satu tahun kerana mengadakan hubungan seks dengan perempuan bawah umur setelah mengaku salah kepada dua daripada tujuh tuduhan yang turut termasuk seks oral dan seks anal. Semua kesalahan itu dilakukan Januari lepas.

Lelaki berusia 21 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu menerima lagi hukuman lima bulan penjara atas kesalahan berkaitan dadah.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.