Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diperintah jalani rawatan kerana pukul pembantu rumah

Aug 11, 2016 | 03:13 PM



SEORANG lelaki berusia 59 tahun dikenakan perintah rawatan mandatori (MTO) dua tahun pada Khamis (11 Ogos) kerana mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia.

Ng Tong Kok, pekerja pembersihan sambilan, mengalami gangguan kemurungan besar semasa dia memukul wanita berusia 33 tahun itu dengan tongkat, menumbuk kepala beliau dan menendangnya.

Serangan itu berlaku pada 23 Feb tahun lepas, semasa pembantu rumah tersebut, Cik Warda, menjaga ibu Ng yang berusia 83 tahun.

Ng memarahi Cik Warda kerana tidak membeli mihun untuk sarapan, sebelum memukul beliau.

Cik Warda menjerit meminta pertolongan, berlari dari dapur ke ruang tamu, sebelum membuka pintu utama dan keluar dari flat di Henderson Crescent itu.

Beliau meminta bantuan daripada seorang pembantu rumah di flat bertentangan rumah Ng, dan menghubungi polis dari sana.

Dalam dokumen mitigasi yang dikemuka kepada Mahkamah, peguam Ng, Cik Chong Yi Mei, berkata keadaan Ng mengurangkan keupayaannya mengawal emosinya.

Cik Chong berkata Cik Warda digajikan untuk menjaga ibu Ng, tetapi beliau tidak mempunyai banyak pengalaman menjaga orang tua.

Beliau menambah bahawa Cik Warda memberi ibu Ng ubat yang salah dan tidak memberi perhatian akan keperluan beliau.

Dalam meminta MTO, Cik Chong berkata kecederaan Cik Warda tidak dalam dan serangan itu tidak dirancang terlebih dahulu.

Mahkamah bersetuju, dan menyatakan Ng, yang tinggal dengan ibunya, kelihatan menunjukkan tanda-tanda "tekanan penjaga".

Dilaksana pada 2010, MTO ialah pilihan hukuman masyarakat bagi pesalah yang mengalami keadaan mental yang menyumbang kepada tindakan mereka melakukan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Stephanie Koh berkata pihak pendakwaan sedang menimbangkan untuk merayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >