Lelaki disiasat buat laporan palsu kononnya dia dirompak

SEORANG lelaki berusia 33 tahun sedang disiasat oleh polis kerana membuat laporan palsu kononnya dia dirompak.

Polis berkata dalam satu kenyataan pada pagi Rabu (27 Julai) lelaki itu membuat laporan tersebut di Pusat Polis Kejiranan Serangoon pada 11.47 malam pada Isnin.

Lelaki itu mendakwa dia diserang dua lelaki tidak dikenali, yang juga mengambil dompetnya yang mengandungi wang tunai $400 di Ang Mo Kio Industrial Park 24.

Semasa siasatan oleh pegawai daripada Polis Divisyen Ang Kio Mo, banyak percanggahan timbul.

Kemudiannya ternyata lelaki itu memberi maklumat palsu kepada polis, dan dia tidak dirompak.

"Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa sumber polis boleh digunakan dengan lebih baik dalam menangani jenayah sebenar dan kecemasan daripada menyiasat laporan palsu atau maklumat palsu," kata kenyataan itu.

"Mereka yang membuat laporan polis palsu atau memberi maklumat palsu akan menghadapi akibat serius di bawah undang-undang."

Sesiapa yang disabitkan memberimaklumat yang diketahui palsu kepada seseorang penjawat awam boleh dipenjara hingga setahun dan/atau denda maksimum $5,000.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.